- Details
- Written by Shamsul Rizal bin Khalil
- Category: Jabatan Pendidikan Khas
- Hits: 1243
Perancangan Tahunan Bagi Tahun 2021
Tarikh |
Program/ Aktiviti Utama |
Kumpulan Sasar & Bil. Peserta |
Tempat |
Pengerusi/ Perasmi |
25 – 27 Februari 2021 |
Bengkel Peningkatan Keyakinan Guru Pelatih Dalam Mendidik Murid Autisme |
29 Pelajar PPISMP Semester 2 Pendidikan Khas |
Gernius Kurnia Kuala Lumpur
|
Hjh. Suraya binti Bai dan Puan Nazmin binti Abdullah / Ketua Jabatan |
20 Mac 2021 |
Kursus Mendeley |
54 Pelajar PISMP Semester 8 Pendidikan Khas
|
Pusat Sumber IPG KDA |
Dr. Ang Chai Tin/ Ketua Jabatan |
14 – 15 Julai 2021 |
Bengkel Learning Tools Versi 3 |
10 orang pensyarah JPK |
Village 2Stay Yan, Kedah. |
Ainee binti Haji Ahmad/ Ketua Jabatan
|
- Details
- Written by Shamsul Rizal bin Khalil
- Category: Jabatan Pendidikan Khas
- Hits: 1317
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
‘”Bersama-sama Kita Prihatin”
PENGENALAN
Jabatan Pendidikan Khas bermula dengan Unit Pendidikan Khas yang berada di bawah Jabatan
Bimbingan dan Kaunseling. Pada Disember 2008 unit ini dinaik taraf menjadi jabatan yang dikenali dengan
Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Khas telah diberikan amanah untuk mengendalikan kursus-kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) kepada bakal-bakal guru yang
bakal ditempatkan di Program Pendidikan Khas di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus yang
ditawarkan kepada pelajar PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah berkaitan kursus yang
memerlukan kemahiran dan pengetahuan mendalam terhadap Pendidikan Khas secara umum dan
Masalah Pembelajaran secara khusus. Selain itu jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menjalankan
penyelidikan dan aktiviti inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar dengan tujuan untuk
memperkembangkan dan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran setanding dengan universiti awam di dalam dan luar negara di samping berusaha
mencapai Transformasi IPG dalam Pemantapan Pembangunan Profesionalisme Keguruan dan
Pemantapan Pengembangan Kualiti Kurikulum.
Bagi memantapkan profesionalisme JPK di bawah Dasar Deklarasi Pendidikan untuk Semua (Education for All), sebuah Makmal Disklesia telah diwujudkan bagi memperkukuhkan lagi latihan perguruan Pendidikan khas.
Visi Jabatan Pendidikan Khas ialah Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan
Khas selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Manakala Misi pula adalah untuk membangunkan
modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan sistem pendidikan yang berkualiti relevan
dan holistik, perkembangan potensi diri ke tahap optimum, keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran,
nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan perkongsian pintar dengan pelbagai
pihak sama ada pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan.
Kursus-kursus yang di tawarkan di Jabatan Pendidikan Khas telah mencapai pengiktirafan dan keperluan
MQA (Malaysian Qualitification Agency) serta Standard MS ISO yang terkini. Jabatan Pendidikan Khas
juga telah menjadi Tier 2 di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
FUNGSI JABATAN
- Mengurus pelaksanaan kursus-kursus teras dan elektif teras yang berkaitan dengan Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran pada peringkat PPISMP, PISMP, PDPP dan PITO (Program Intevensi
Tambah Opsyen) secara sepenuh masa atau secara dalam talian
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan amalan profesionalisme bagi bidang-bidang
di bawah Jabatan Pendidikan Khas
- Meningkatkan tahap keilmuan dan profesionalisme pensyarah melalui program lawatan, seminar,
bengkel dan latihan perkembangan dan kemajuan staf
- Memberi khidmat kepakaran dalam bidang berkaitan kepada para pensyarah di IPGK, guru-guru
Pendidikan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas sama ada pada peringkat sekolah, daerah dan
negeri
- Mewujudkan jaringan profesional dengan agensi luar berkaitan kurikulum di bawah Jabatan
Pendidikan Khas
PENUTUP
Matlamat Jabatan Pendidikan Khas adalah untuk melatih dan melahirkan insan guru yang mampu menjadi
agen utama dalam keberhasilan dan kebolehpasaran murid berkeperluan khas. Jabatan Pendidikan Khas
juga berusaha untuk melatih dan mendidik pelajar yang bakal menjadi guru Pendidikan khas agar sentiasa
berkompetensi tinggi dan profesional dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia. Lantaran itu JPK berusaha dalam menghasil dan melahirkan guru yang lengkap mempunyai
pelbagai pendekatan dan strategik, keperluan bantuan khas, sokongan dan rancangan pengajaran yang
bersesuaian sebelum mereka melangkah keluar daripada JPK IPGKDA.
- Details
- Written by Administrator
- Category: Jabatan Pendidikan Khas
- Hits: 1965
FOTO | NAMA | JAWATAN | KELULUSAN | KEPAKARAN |
![]() |
Zulkifli bin Mat Isa email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Ketua Jabatan |
Ijazah Sarjana Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Diploma Perguruan Lepas |
Pendidikan Khas |
![]() |
Shamsul Rizal bin Khalil This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Ketua Unit Pengembangan Profesionalisme Pensyarah (Ketua Unit Kanan) |
Ijazah Sarjana Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sijil Perguruan Asas (Pengajian Melayu) |
Pendidikan Khas |
![]() |
Harlina binti Ishak | Ketua Unit Akademik/ Pensyarah Cemerlang |
Ijazah Sarjana Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Diploma Perguruan Khas |
Pendidikan Khas |
![]() |
Suraya binti Bai | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Sastera
|
Pendidikan Khas |
![]() |
Bainah binti Mustafa | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Sains Sarjana Muda Sijil Perguruan Asas (Bahasa |
Pendidikan Khas |
![]() |
Zubaidah binti Mat Nor | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Pendidikan Ijazah Sarjana Muda |
Pendidikan Khas |
![]() |
Dr.Ang Chai Tin |
Pensyarah |
Ijazah Doktor Falsafah PhD
Ijazah Sarjana Muda |
Pendidikan Khas Pendidikan Kesihatan |
![]() |
Ainee binti Ahmad | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Psikologi
Diploma Perguruan Lepas |
Pendidikan Khas |
Nor Asiah binti Nasir | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Pendidikan
|
Pendidikan Khas |
|
![]() |
Nazmin binti Abdullah | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Pendidikan
|
Pendidikan Khas |
- Details
- Category: Jabatan Pendidikan Khas
- Hits: 781
Bil |
Nama Program |
Tahun Ambilan |
Bil. Unit |
Jumlah Pelajar |
1 |
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) - Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran |
Jun 2020 |
2 |
29 |
2 |
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran |
Jun 2020 |
2 |
51 |
3
|
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran |
Jun 2017 |
3 |
54 |
3
|
Program Intevensi Tambah Opsyen - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran |
Jun 2020 |
1 |
11 |