LAWATAN PROFESIONALISME MEDIA DAN INOVASI PKG TUNJANG

PKG Tunjang, Kubang Pasu
17 Februari 2025 | Isnin | 2:30 PTG

Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Darulaman telah mengadakan Lawatan Profesionalisme Media dan Inovasi ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tunjang sebagai inisiatif untuk memperkasa bidang teknologi pendidikan dan media digital.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mendapatkan pendedahan mengenai penggunaan teknologi serta inovasi media dalam pengajaran dan pembelajaran. Delegasi IPGKDA berpeluang melihat secara langsung fasiliti di PKG Tunjang, termasuk studio rakaman, penggunaan teknologi hijau, serta pelaksanaan program berkaitan pendidikan digital.

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh keupayaan pensyarah dan pendidik dalam mengintegrasikan teknologi serta inovasi dalam ekosistem pendidikan negara.

#BersamasamaFokusdanSinergi #SinarIlmudiUtara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV | http://ipgkda.edu.my

 

Pada 9 dan 10 Januari 2024, Jabatan Teknologi Pendidikan ,IPGM Kampus Darul Aman telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2024 yang dihadiri semua pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan. Ia telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan terkini dalam bidang teknologi pengajaran, pengurusan tugas pensyarah bagi tahun 2024, dan juga kursus induksi bagi subjek Teknologi Pengajaran serta Teknologi dan Media Pengajaran.

Berbagai cadangan dan isu-isu utama telah dibangkitkan semasa sesi mesyuarat. Beberapa cadangan termasuk peningkatan kualiti bahan pengajaran, penambahbaikan kepada modul pengajaran yang sedia ada, dan peningkatan kerjasama dengan pihak luar seperti industri teknologi. Isu-isu berkaitan ketersediaan sumber dan keperluan dana tambahan turut diberi perhatian.

 

                                               

 

Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengadakan Bengke Pemantapan Aplikasi Microsoft pada 12 & 13 Jun 2023 di Pusat Sumber IPGKDA untuk para pensyarah. Seramai 30 orang pensyarah menyertai dalam bengkel tersebut.

Kami rakan-rakan JTP mengucapkan Selamat Bersara kepada En. Mohd Rizal. Semoga sihat selalu bersara keluarga tercinta.

Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengadakan  Bengkel Pemantapan  Bahan Digital pada 15 Mei 2023 hingga 18 Mei 2023 di SSTP, Sabah. Seramai 7 orang pensyarah JTP menyertai bengkel ini. Para pensyarah mendapat ilmu dan pengetahuan dari pegawai - pegawai SSTP Sabah dan SSTP Kedah.