PENGENALAN
Unit Pembangunan Latihan (UPL), Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman bertanggungjawab melaksanakan program pembangunan latihan staf dalam pelbagai bentuk merujuk kepada Kluster 8 (Pemantapan Pembangunan Profesional Keguruan). Pembangunan latihan yang berlaku bergantung kepada kumpulan sasaran, bidang latihan dan pendekatan latihan berdasarkan data yang diperoleh daripada Kajian Keperluan Latihan (KKL) yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus – kursus yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Latihan (UPL) mencakupi aspek Think, Lead, Act, Network dan Resource selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, visi dan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kesemua pembangunan latihan kini diuruskan oleh Penyelaras Latihan Dalam Perkhidmatan, Penyelaras Program Khas dan Penyelaras Pengajian Siswazah.
FUNGSI UNIT
Memastikan setiap kakitangan IPG Kampus Darulaman mempunyai kompetensi yang berkualiti untuk menjalankan tugas serta amanah yang diberikan dengan lebih berkesan melalui latihan pembangunan staf.
PENYELARAS LATIHAN DALAM PERKIDMATAN
Merancang dan melaksanakan program latihan dan kursus dalam perkhidmatan kepada warga IPGKDA mengikut kompetensi yang diperlukan.
PENYELARAS PROGRAM KHAS
Bertindak mengelola program-program khas yang diarahkan oleh pihak IPGM untuk meningkatkan profesionalisme berterusan. Contoh prohgram khas yang dilaksanakan adalah PITO, TS25, NPDL, PBD, dan PROSPEN
PENYELARAS PENGAJIAN SISWAZAH
Bertindak sebagai pusat yang memangkin program pengajian siswazah yang menawarkan bimbingan, latihan dan rundingan akademik untuk meningkatkan pengetuan dan kemahiran siswazah.