Seramai 3 orang peserta JPIM akan mewakili IPGM KAMPUS DARULAMAN dalam Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran peringkat negeri Kedah pada 23-25 April 2024 bertempat di Hotel Raia, Alor Setar. Peserta-peserta tersebut ialah Sakinah binti Ramli, PISMP Ambilan Jun 2020 kategori 10 juzuk. Ahmad Abid bin Mohd Radzi, PPISMP Ambilan Jun 2023 kategori 30 juzuk. Nurul Husna binti Aziz , PISMP Ambilan Jun 2020 kategori 30 juzuk. Mohon doakan kejayaan mereka.

Bengkel Pembinaan Soalan Pentaksiran Berterusan menerusi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP/PLC)

Bengkel Pembinaan Soalan Pentaksiran Berterusan menerusi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP/PLC) telah diadakan pada 19 Oktober 2023 di bilik Bestari 3, IPG Kampus Darulaman,  anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 33 orang ahli jabatan telah terlibat. Para peserta telah didedahkan tentang pembinaan soalan bagi Pentaksiran Berterusan mengikut format IPGM yang telah ditetapkan. Pembentang yang terlibat ialah Pn. Hjh. Fadzliyah binti Hashim dan  Pn. Hjh Shabibah bt Shaufit Afandi. Penyelaras bertugas ialah Dr. Ahmad Tamizi bin Abu dan Pn. Noor Ashikin binti Ahmad. Tahniah semua.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Ke Arah Melestari Kecemerlangan

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) merupakan jabatan yang menawarkan kursus-kursus berkaitan pengajian Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh empat ketua unit utama, iaitu Unit Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Unit Pendidikan Moral dan Unit Penyelidikan. Keempat-empat unit ini mendokong tonggak kelestarian institut dalam merealisasikan visi dan misi jabatan khususnya dan IPG umumnya. JPIM mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mengendali dan menganjurkan program ilmu yang memberi penghayatan mendalam terhadap Pendidikan Islam. Program-program ilmu yang menjadi kebitaraan JPIM antaranya Kuliah tahsin al-Quran, Bengkel Qiraat dan Tarannum, Tazkiyah al-Nafs, Daurah al-Kitab, Kuliah Maghrib serta program lain berkaitan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam di peringkat jabatan, institut dan IPGM. Sehingga Januari 2023, terdapat tiga program yang dikendalikan JPIM iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pergururan (PPISMP) Pendidikan Islam, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Pendidikan Islam dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Pendidikan Islam SR & SM serta Tahfiz.


Bengkel Pengamalan Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPGKDA

Bengkel Pengamalan Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan pada 24 dan 25 September 2023 di bilik Gunung Keriang, Gunung Jerai, Gurun, Kedah, anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 33 orang ahli jabatan telah terlibat. Para peserta telah didedahkan tentang penghasilan Inovasi PdP, penulisan dan penerbitan. Pembentang yang terlibat ialah Pn. Hjh Shabibah bt Shaufit Afandi, Dr. Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad dan Tn Hj Mohd Zakir bin Majid. Penutupan bengkel disempurnakan oleh Dr. Hj. Asri bin Md Saman @ Osman. Penyelaras bertugas ialah Mohd Radzi bin Lebai Mat dan Pn. Noor Ashikin bt  Ahmad. Tahniah semua.