KATA ALUAN KETUA JABATAN
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) merupakan jabatan yang memberi fokus kepada perancangan dasar, penyelidikan, inovasi dan penerbitan untuk warga IPG Kampus Darulaman khususnya pensyarah dan pelajar.serta guru-guru sekolah. Jabatan ini berperanan untuk mengendalikan kursus-kursus dan seminar yang berhubung dengan kajian penyelidikan, pemantauan produk latihan perguruan, penyebaran maklumat tentang seminar-seminar penyelidikan dan penerbitan jurnal. Moto JPPI adalah Peneraju Kecemerlangan Program Pengantarabangsaan, Penyelidikan Dan Inovasi. Manakala visi ialah memartabatkan profesion keguruan yang berkualiti dan berinovasi selaras dengan pendidikan guru bertaraf dunia. Misinya adalah melaksanakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berinovasi serta membudayakan pembelajaran ilmu sepanjang hayat untuk melahirkan pensyarah dan guru yang berintegriti serta bersifat global. Sebarang pertanyaan berkaitan atau perlukan perkongsian lebih lanjut, sila hubungi Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Darulaman. Kami sedia membantu anda.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Dr. Syed Khalid Syed Idrus
Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI)
IPG Kampus Darulaman
PENGENALAN JPPI
Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Darulaman terdiri dari empat unit, iaitu Unit Perancangan dan Pengoperasian Dasar, Unit Penyelidikan dan Inovasi, Unit Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa serta Unit Makalah dan Informatif. Unit Perancangan dan Pengoperasian Dasar bertanggungjawab merancang hala tuju perancangan strategik pengoperasian dasar latihan bagi Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan IPGK. Unit Perhubungan Luar dan Antarabangsa pula bertanggungjawab merancang, mengurus dan menentukan program kerjasama dan pengantarabangsaan IPGK selaras dengan tuntutan kluster 7 Pengantarabangsaan, Inisiatif Transformasi IPG KPM. Manakala, Unit Penyelidikan dan Inovasi bertanggunjawab mengendalikan aktiviti berkaitan penyelidikan dan inovasi selaras dengan Kluster 3: Pembudayaan Penyeliddikan dan Inovasi, Perancangan Strategik IPG Kampus Darulaman Edisi Ke-2 (2023-2025). Unit Makalah dan Informatif pula menguruskan berkaitan dengan penerbitan dan Jurnal IPDA. JPPI juga terlibat dalam membantu melaksanakan kajian-kajian penilaian program bawah kendalian Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), KPM. JPPI juga membantu dan mengurus penyertaan pensyarah dan pelajar dalam seminar penyelidikan atau pertandingan inovasi anjuran pihak luar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Selaras dengan Kluster 3, Inisiatif Transformasi IPG KPM, iaitu “Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi”, JPPI menguruskan pelbagai program utama dan pengantarabangsaan IPG Kampus Darulaman. JPPI sentiasa setia memacu ke arah kecemerlangan program kerjasama dan pengantarabangsaan, penyelidikan, inovasi bertaraf antarabangsa.
MOTO JPPI
“Peneraju Kecemerlangan Program Pengantarabangsaan, Penyelidikan Dan Inovasi”
CARTA FUNGSI JPPI
- Merancang hala tuju strategik pengoperasian dasar latihan bagi pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan IPG K
- Merancang dan mengurus pembudayaan penyelidikan, inovasi dan penerbitan IPG K
- Merancang, mengurus dan menentukan program kerjasama dan pengantarabangsaan IPG K
- Menyelaras pelaksanaan semua inisiatif pelan strategik IPG K
- Merancang dan mengurus pelan strategik untuk pembudayaan penyelidikan, inovasi dan penerbitan IPG K
- Merancang, mengurus dan membangunkan aktiviti penyelidikan IPG K
- Merancang, mengurus dan membangunkan aktiviti inovasi IPG K
- Merancang, mengurus dan membangunkan aktiviti penerbitan IPG K
- Merancang dan menyediakan khidmat sokongan aktiviti penyelidikan, inovasi dan penerbitan IPG K mengikut dasar IPGM dan KPM
FUNGSI JABATAN
UNIT PERANCANGAN & PENGOPERASIAN DASAR
- Merancang, memantau dan menilai dasar pengoperasian latihan guru pra dan dalam perkhidmatan IPG
- Meneraju dan mengurus dasar pengoperasian latihan keguruan IPG
- Merancang pelaksanaan dasar hubungan antarabangsa dan kolaborasi dengan institusi dalam dan luar negara
- Membangun, meneraju pelaksanaan dan menilai perancangan strategik unit Perancangan dan Pengoperasian IPG
- Merancang, membangun, menyelaras dan mengawal selia perancangan operasi
- Mengurus dan menyelaras perjanjian program pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan
- Mengurus pelaporan inisiatif RMK 12, KPI KPPM
- Mengurus, memudahcara dan memantau pelaksanaan semua inisiatif transformasi IPG
- Mengurus risiko dan isu-isu pelaksanaan inisiatif transformasi IPG
- Membangunkan, memantau dan menyelenggara sistem pelaporan dan status kemajuan inisiatif transformasi IPG
- Membangunkann kandungan dan mengetuai komunikasi program transformasi IPG kepada pihak dalaman dan luaran IPG K
- Merancang dan mengurus penggunaan hasil penilaian program sebagai sumber data untuk membuat keputusan penambahbaikan program profesionalisme keguruan IPG K
- Merancang, menyelaras dan memantau kepuasan pelanggan terhadap kualiti produk IPG K
UNIT PENYELIDIKAN & INOVASI
- Menentukan hala tuju dasar penyelidikan dan inovasi IPG K
- Merancang, mengurus, melaksana dan mengawal selia semua aktiviti pembudayaan penyelidikan dan inovasi IPG K
- Merancang dan membangunkan pelan strategik pelaksanaan penyelidikan dan IPG K
- Merancang, menyelaras, mengurus, melaksana dan memantau semua keperluan bagi meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui jaringan kolaboratif penyelidikan dengan agensi dalam dan luar negara IPG K
- Merancang pelaksanaan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi dalam bidang pembangunan profesonalisme perguruan IPG K
- Menetapkan standard dan memantau kualiti hasil penyelidikan dan inovasi IPG K
- Merancang dan membina pangkalan data kepakaran penyelidikan dan inovasi IPG K
- Merancang keperluan prasarana dan khidmat sokongan penyelidikan dan inovasi melalui sumber dan pangkalan data penyelidikan IPG K
- Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau sumber peruntukan kewangan pemerolehan dana dan geran penyelidikan dan inovasi
- Merancang, menyelaras dan mengelola kolokium, seminar, persidangan penyelidikan dan inovasi IPG K
- Merancang, menyelaras dan mengelola kolokium, seminar, persidangan penyelidikan dan inovasi IPG K
- Menyelaras dan mengetuai khidmat konsultasi penyelidikan dan inovasi IPG K
- Merangka dan menyediakan laporan aktiviti penyelidikan dan inovasi untuk keperluan Pengurusan Tertinggi IPG K
- Menentukan penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan di IPG K mengikut dasar IPGM & KPM
- Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan dan pengkomersilan hasil penyelidikan dan IPG K
UNIT HUBUNGAN LUAR & ANTARABANGSA
- Merancang, menggubal dan menguruskan program pengantarabangsaan IPG K
- Merancang dan menggubal program kerjasama pendidikan antara IPG K dengan negara luar (Joint-Working Group)
- Mengurus dan menyelaras program kerjasama IPG K dan komuniti
- Mengurus dan menyelaras penyertaan dan sumbangan IPG K yang berkesan kepada pertubuhan dalam dan luar negara
- Mengurus dan menyelaras jaringan dan kolaboratif dalam bidang latihan guru dengan agensi dan institusi latihan dalam dan luar negara
- Merancang dan menyelaras pelibatan IPG K dalam arena pendidikan antarabangsa di peringkat dua hala/ pelbagai hala
- Merancang dan mengurus mesyuarat JKPKKKC Jawatan kuasa pemantapan kualiti kertas cadangan IPG K
UNIT MAKALAH & INFORMATIF
- Merancang, mengurus dan menyelaras penulisan dan penerbitan jurnal penyelidikan secara berkala IPG K
- Menyebar luas hebahan dan jemputan pelibatan dalam bidang penyelidikan dan inovasi
- Merancang dan menyelaras aktiviti penerbitan IPG K termasuk penerbitan bersama penerbit luar
- Merancang keperluan prasarana dan khidmat sokongan untuk aktiviti penerbitan
- Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau sumber peruntukan kewangan bagi tujuan penerbitan
- Menyediakan garis panduan penulisan untuk tujuan penerbitan
- Merancang, menyelaras dan mengelola bahan-bahan untuk tujuan penerbitan termasuk bahan kolokium, seminar dan persidangan penyelidikan
- Merancang, mengurus dan menyelaras hasil penulisan penyelidikan untuk penerbitan jurnal;
- Menyelaras dan mengetuai khidmat konsultasi penulisan dan penerbitan
- Mengurus dan menerbitkan laporan tahunan JPPI untuk keperluan pengurusan tertinggi IPG K
- Merangka, merancang dan mengurus pangkalan data dan aliran maklumat IPG
- Menyediakan repositori untuk semua program dan data bagi setiap inisiatif