- Details
- Hits: 29313
MS ISO 9001:2015
Objektif Kualiti IPGM/IPG
Objektif Organisasi
Perkhidmatan Pendidikan Keguruan yang diberi dapat melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik dengan pencapaian 92% tahap kepuasan pelanggan selepas satu (1) tahun dari tarikh penempatan guru baharu.
Objektif Operasi IPGM:
- Memastikan pendaftaran pelajar dilaksanakan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas paparan calon berjaya di laman web KPM.
- Memastikan keberkesanan Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu dan Program Mentor Mentee mencapai tahap skor min 4.3.
- Memastikan penilaian persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan amalan professional mencapai skor min 4.3.
- Memastikan proses pemantauan pengurusan kurikulum dilaksanakan satu (1) kali setahun.
- Memastikan pemantauan pengurusan perpustakaan diadakan satu (1) kali setahun.
- Memastikan semua pensyarah, pegawai dan staf pelaksana dapat memenuhi keperluan latihan berdasarkan arahan semasa Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Memastikan 80% daripada penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan di IPG setiap tahun adalah mengikut bidang kebitaraan.
- Memastikan mesyuarat pengurusan kewangan, pembangunan dan aset serta pengurusan sumber manusia diadakan empat (4) kali setahun.
- Memastikan pemantauan ke atas keselamatan bangunan dan fizikal pejabat dilaksanakan dua (2) kali setahun.
- Memastikan rangkaian setempat (LAN) beroperasi dengan baik dan boleh dicapai sepanjang masa.
- Memastikan aktiviti penyelenggaraan semua peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dilaksanakan dua (2) kali setahun.
- Memastikan Audit Dalaman dilaksanakan dua (2) kali setahun.
- Memastikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dilaksanakan satu (1) kali setahun.
Objektif Operasi IPG:
- Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap penilaian proses pendaftaran dan minggu pengurusan pelajar baharu yang dilaksanakan.
- Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan bimbingan dalam amalan profesional.
- Memastikan proses pemantauan pelaksanaan kurikulum dilaksanakan satu (1) tahun sekali.
- Sekurang-kurangnya 99% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus.
- Keputusan peperiksaan akhir program/kursus dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat Senat.
- Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap penilaian pelaksanaan program mentor mentee.
- Aduan Pelanggan (Pelajar) akan diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
- Semua Aduan Pelanggan (Pelajar) diberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Memastikan program latihan dalam perkhidmatan memenuhi Standard Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB).
- Memastikan semua pensyarah, pegawai dan staf pelaksana dapat memenuhi keperluan latihan berdasarkan arahan semasa Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Mesyuarat pengurusan kewangan, pembangunan dan aset serta pengurusan sumber manusia diadakan empat (4) kali setahun.
- Pemantauan ke atas keselamatan bangunan dan fizikal pejabat dilaksanakan dua (2) kali setahun.
- Aktiviti penyelenggaraan semua peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dilaksanakan dua (2) kali setahun.
- Audit Dalaman dilaksanakan dua (2) kali setahun
- Mesyuarat Kualiti Institut (MKI) dilaksanakan dua (2) kali setahun.