- Details
- Written by Administrator
- Category: Unit Praktikum
- Hits: 2229
PENGENALAN
Unit Praktikum merupakan sebuah unit yang diwujudkan bagi memperkukuhkan amalan profesional perguruan. Hal ini sejajar dengan visi dan misi IPGM iaitu, untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, Pelan Strategik Transformasi IPG melalui Transformasi IPG telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini. Melalui Pelan Strategik Transformasi ini, pemantapan amalan profesional telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran latihan guru di setiap IPG kampus. Pemantapan amalan profesional ini merangkumi tiga kompenen iaitu, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum dan internship.
FUNGSI UNIT
- Melaksanakan dasar Amalan Profesional yang ditetapkan oleh IPGM.
- Merancang dan mengenal pasti penempatan pelajar bagi PBS, praktikum dan internship pelajar.
- Memaklumkan penempatan PBS, praktikum dan internship kepada JPN dan sekolah-sekolah yang terlibat.
- Merancang dan menguruskan maklumat dan taklimat pengurusan amalan profesional kepada pelajar, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.
- Menguruskan surat pelantikan pensyarah penyelia praktikum dan pelantikan guru pembimbing pelajar.
- Memastikan pelajar hadir menjalani praktikum mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
- Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum.
- Menguruskan dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan di dalam mesyuarat JKIAPIPG.
- Details
- Written by Ahmad Azham Zakaria
- Category: Unit Praktikum
- Hits: 2124
SUMBER MANUSIA
FOTO | NAMA /JAWATAN | KELULUSAN | KEPAKARAN |
![]() |
Zaimah binti Abdullah |
|
|
Hj. Aswadi bin Md Amin |
|
|
|
Nuruliswa binti Abdullah |
|
|
|
Belum diisi |
|
||
Fauziah binti Said |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) |
- |
- Details
- Written by AizatYahya
- Category: Unit Praktikum
- Hits: 1681
Pengenalan
Unit Khidmat Pengurusan , IPG Kampus Darulaman ialah unit yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Perjawatan, Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan institut. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dengan dibantu oleh Pegawai Eksekutif Kanan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan dan pentadbiran Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Terdapat empat unit utama di bawah Unit Khidmat Pengurusan iaitu Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Unit Kewangan Dan Akaun yang diketuai oleh Penolong Akauntan, Unit Pengurusan Fasiliti yang diketuai oleh Ketua Penolong Jurutera dan Unit Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat.
Visi
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta prihatin terhadap keperluan dan kepuasan pelanggan
Misi
Mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti berteraskan budaya mesra, kerja berpasukan dan profesionalisme ke arah kepuasan pelanggan
Fungsi Unit
i) Mengurus pelaksanaan dasar kerajaan, Kementerian Pendidikan dan Institut Pendidikan Guru Malaysia
ii) Memastikan pengurusan pentadbiran dan pelaksanaan tugas-tugas pegawai dan staf mengikut Arahan Perkhidmatan dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan dari masa ke masa
iii) Mengurus urusan perjawatan dan perkhidmatan pensyarah dan staf seperti pengesahan jawatan, buku perkhidmatan kerajaan, cuti, pertukaran, pergerakan gaji, pemangkuan, kenaikan pangkat, tindakan tata tertib, lawatan keluar negara, pengisytiharan harta, persaraan dan lain-lain
iv) Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) setiap tahun serta mengurus , mengawal dan menyediakan laporan perbelanjaan kewangan Institut berpandukan Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa
v) Merancang, melaksana dan memantau kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan Institut selaras dengan spesifikasi kerja yang ditentukan
vi) Menyediakan satu kemudahan kepada semua staf berkaitan dengan teknologi maklumat