Pengenalan
Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) telah ditransformasikan untuk menjamin kesihatan fizikal dan mental pegawai perkhidmatan awam dan siswa pendidik agar senantiasa berada dalam keadaan yang optimum bagi menghasilkan produktiviti yang tinggi serterusnya dapat memajukan institusi dan negara. Unit Psikologi dan Kaunseling berperanan dalam memenuhi aspirasi merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005: Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Dalam memenuhi aspirasi ini, Unit Psikologi dan Kaunseling berperanan melaksanakan aktiviti psikologi dan kaunseling meliputi aspek penilaian personal, pembangunan personal, penyelidikan dan inovasi.
Fungsi Unit
- Menyediakan Perkhidmatan Psikolgi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu dan organisasi IPG KDA berkaitan dengan perkhidmatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi krisis yang merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan agar dapat diperkasakan ke tahap yang optimum
- Melaksanakan aplikasi psikologi dan kaunseling dalam penilaian dan pembangunan personel dalam memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan pencapaian seseorang dengan menggunakan ujian psikologi
- Melaksanakan penyelidikan psikologi dan kaunseling terhadap permasalahan siswa pendidik dan warga kerja di IPG KDA seperti faktor-faktor pencetus, penghalang motivasi,interaksi antara manusia dengan peralatan dan sistem kerja (ergonomik)
- Melaksanakan aplikasi psikologi dan kaunseling dalam intervensi pembangunan modal insan dengan membantu siswa pendidik dan warga kerja IPG KDA mengurus masalah secara lebih berkesan melalui Program Pengupayaan Kendiri yang mengandungi aktiviti kaunseling, mentoring dan Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB/ Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd).
- Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan dan perundangan AKTA Kaunselor 1998 ( Akta 580 )