PENGENALAN
Jabatan llmu Pendidikan merupakan jabatan akademik yang menawarkan kompenan Asas Pendidikan yang mengandungi pelbagai kursus melibatkan semua program pengajian di IPG Kampus Darulaman. Jabatan ini menawarkan satu komponen generik iaitu kursus Pengantar Pengajian Pendidikan. Penawaran kursus di jabatan ini merangkumi pelbagai disiplin ilmu pendidikan iaitu; falsafah pendidikan, psikologi pendidikan, pedagogi, sosiologi pendidikan, pentaksiran dalam pendidikan dan pengurusan pendidikan. Program pengajian yang terlibat meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Jabatan ini juga mentadbir urus prasekolah IPG Kampus Darulaman. Jabatan ini menjadi penggerak bagi merealisasikan visi dan misi IPG melalui pendidikan yang berkualiti dan menepati keperluan transformasi pendidikan negara ke arah Masyarakat 5.0. Bagi mencapai visi dan misi tersebut, jabatan ini sepakat memberi fokus dan sinergi kepada pelaksanaan pembelajaran bermakna menggunakan teknologi ubiquitous, persekitaran pembelajaran, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan amalan pedagogi kontemporari bagi melahirkan guru yang dinamik dan kompetitif serta berjiwa pendidik. Para pensyarah jabatan ini mempunyai Body of Knowledge (BOK) dalam bidang kepakaran masing-masing. Pensyarah jabatan ini juga bergiat aktif dalam pelbagai penyelidikan, pembentangan kertas kerja, penerbitan artikel jurnal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta aktiviti Continuing Professional Development (CPD) kepada agensi dalam dan luar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pedagogi kontemporari dan psikologi pendidikan.
Fungsi Jabatan
- Melaksanakan pelan strategik yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025, Pelan Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016 - 2025 dan Pelan Strategik IPGKDA 2020 – 2025.
- Melaksanakan kurikulum Institut Pendidikan Guru secara sistematik dan berkesan mengikut keperluan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) dan selaras dengan keperluan Malaysian Qualifications Framework (MQF).
- Melaksanakan aktiviti dan program bagi melahirkan modal insan guru yang kompeten dalam pelbagai disiplin ilmu pendidikan bagi mencapai Hasil Pembelajaran Kursus, Hasil Pembelajaran Program dan Objektif Program Pendidikan.
- Meningkatkan pembangunan profesionalisme pensyarah dalam pelbagai bidang kepakaran, antaranya falsafah pendidikan, pedagogi, pentaksiran, psikologi, sosiologi, dan kepimpinan instruksional melalui perkongsian pintar, penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
- Mentadbir urus Prasekolah IPG Kampus Darulaman yang merupakan sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).