Unit Pusat Sumber merupakan pusat dokumentasi perdana selain bertindak sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dengan fungsi utama menyalur, membantu serta menyediakan kemudahan sarana dan perkhidmatan bermaklumat kepada warga IPG Kampus Darulaman. Justeru Unit Pusat Sumber berperanan besar memenuhi kehendak kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Harapan Unit Pusat Sumber agar matlamat membantu membentuk guru berilmu, kreatif, inovatif dan berwawasan, berpengetahuan luas dalam pelbagai disiplin ilmu, meningkatkan kebitaraan warga kampus secara holistik serta berkemahiran dalam proses pengesanan dan pencarian maklumat tepat, dapat dilaksanakan seiring peningkatan mutu pendidikan serta membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan menuju abad ke-21.