1.0 Pengenalan

Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPG KDA) diwujudkan mulai Januari 2019. IPG KDA mengimplimentasikan struktur organisasi baharu JKA sepenuhnya mulai Januari 2020 berteraskan  tiga fungsi berikut:

     i. Merancang dan menggubal kurikulum latihan perguruan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan                         mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan.

    ii. Merancang, menyebar dan mengorientasikan pelaksanaan kurikulum latihan perguruan.

   iii. Merancang dan menghasilkan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran kursus praperkhidmatan dan       
        dalam perkhidmatan mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan.

JKA terdiri daripada lima unit iaitu Unit Pengurusan Akademik, Unit Program Pengajian Akademik, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik, Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik dan Unit Pengurusan Pembelajaran Digital. Secara amnya, setiap unit mempunyai peranan masing-masing namun saling berkaitan bagi memastikan jabatan ini dapat menjalankan fungsinya secara sistematik dan berkesan dalam mengurus,  merancang, dan menyelaras pelaksanaan program akademik di IPG kampus agar mematuhi standard kualiti yang  ditetapkan.

Keseluruhan struktur program yang menjadi kerangka kepada tiga komponen utama kurikulum, iaitu Kursus Wajib, Kursus Teras dan Kursus Elektif adalah tanggungjawab JKA. Semua program pengajian dikendalikan oleh lima unit ini secara memantau, menyelia dan menyelaras segala perancangan, reka bentuk dan pengurusan, pelaksanaan dan penyampaian, tindakan penambahbaikan berterusan kurikulum serta pembudayaan amalan pedagogi masa kini di samping pelaksanaan program peningkatan kompetensi profesionalisme pensyarah dan pelaksanaan pengurusan pembelajaran digital.

Selaras matlamat, misi dan visi IPGK Darulaman, JKA merupakan tonggak utama dalam merealisasikannya dengan berperanan membantu Pusat Kecemerlangan Akademik IPGM melaksanakan fungsinya dalam hal-hal yang berkaitan akademik dengan lebih mantap.

2.0 Fungsi Jabatan

Menyelaras dan memastikan proses penggubalan kurikulum, penyebaran kurikulum dan penyediaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara sistematik, profesional dan berkesan mengikut keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan memenuhi prosedur kualiti MS ISO atas arahan Senat Institut-institut Pendidikan Guru dan IPGM melalui unit-unit berikut:


2.1 UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

      2.1.1 Memantau semua aktiviti pengurusan akademik institut berdasarkan garis panduan IPGM, prosedur MS ISO
               dan MQA yang sedang berkuat kuasa
      2.1.2 Memantau dan menyelia semua aktiviti unit di JKA
      2.1.3 Memantau pengurusan proses reka bentuk dan penyampaian kurikulum
      2.1.4 Memantau penyediaan dan pelaksanaan Jadual Waktu

2.2 UNIT PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN AKADEMIK

      2.2.1 Memantau perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kerja kursus serta keselarasannya dengan                      Maklumat Kursus (MK)
      2.2.2 Memantau pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan mengikut keperluan IPGM dan IPGK
      2.2.3 Memantau tindakan terhadap hasil refleksi praktikum pelajar serta pelaksanaan praktikum bertema
      2.2.4 Memantau pelaksanaan pemantauan penyampaian kurikulum
      2.2.5 Memastikan pelaksanaan dan pelaporan penambahbaikan berterusan (Closing the Loop)
               bagi program / kursus yang ditawarkan
      2.2.6 Memantau dan menyelia kemajuan prestasi pelajar

2.3 UNIT PROGRAM PENGAJIAN AKADEMIK

      2.3.1 Memantau pelaksanaan semua kursus dalam semua program
      2.3.2 Memantau penyampaian taklimat struktur kurikulum program kepada pelajar baharu
      2.3.3 Memantau penyebaran pindaan atau penambahbaikan dalam struktur program terkini
      2.3.4 Memastikan penyebaran maklumat terkini tentang perkembangan kurikulum dan pentaksiran

2.4 UNIT PENGEMBANGAN PROFESIONALISME AKADEMIK

      2.4.1  Memantau pelaksanaan semua aktiviti unit secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti & profesionalisme                       akademik pensyarah & pelajar.
      2.4.2  Memantau pembudayaan amalan pedagogi masa kini di institut
      2.4.3  Memantau pelaksanaan program-program peningkatan kompetensi pensyarah bagi meningkatkan
                profesionalisme pensyarah.

2.5 UNIT PEMBELAJARAN DIGITAL

      2.5.1 Memantau perancangan, reka bentuk dan pengurusan pembelajaran digital
      2.5.2 Memantau tindakan penambahbaikan pelaksanaan pembelajaran digital