LAWATAN PROFESIONALISME MEDIA DAN INOVASI PKG TUNJANG
PKG Tunjang, Kubang Pasu
17 Februari 2025 | Isnin | 2:30 PTG
Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Darulaman telah mengadakan Lawatan Profesionalisme Media dan Inovasi ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tunjang sebagai inisiatif untuk memperkasa bidang teknologi pendidikan dan media digital.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mendapatkan pendedahan mengenai penggunaan teknologi serta inovasi media dalam pengajaran dan pembelajaran. Delegasi IPGKDA berpeluang melihat secara langsung fasiliti di PKG Tunjang, termasuk studio rakaman, penggunaan teknologi hijau, serta pelaksanaan program berkaitan pendidikan digital.
Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh keupayaan pensyarah dan pendidik dalam mengintegrasikan teknologi serta inovasi dalam ekosistem pendidikan negara.
#BersamasamaFokusdanSinergi #SinarIlmudiUtara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV | http://ipgkda.edu.my