Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Autisme Sedunia anjuran Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Darulaman telah diadakan pada 06 April 2023 di Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman. Semua pelajar Jabatan Pendidikan Khas termasuklah pelajar elektif dan semua pensyarah JPK terlibat dalam menjayakan Majlis ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran warga kampus tentang individu Autisme di sekeliling kita.  Terdapat pameran dan skrin tayangan untuk pengunjung Pusat Sumber mendapat Info penting tentang Autisme. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Dr. Wan Fazdli bin Wan Haron. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.