Bengkel “Learning Tools” telah diadakan pada 19 hingga 21 Feb 2023 di Hotel Park Avenue , Sungai Petani, Kedah anjuran Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA). Seramai 9 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibantu oleh seorang Pn. Zarina bt Abu Bakar selaku fasilitator daripada Jabatan teknologi Maklumat IPGKDA.

Peserta bengkel telah didedahkan tentang “Learning Tools” yang sangat bermanfaat untuk diaplikasikan dalam bidang tugas .

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Khas, En. Shamsul Rizal bin Khalil.

Tahniah kepada semua peserta atas kerjasama menjayakan program ini.

 

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

‘”Bersama-sama Kita Prihatin”


PENGENALAN

Pada Disember 2008 Jabatan Pendidikan Khas mula mengorak langkah berdiri sendiri dalam mengharungi era pendidikan negara. Bermula dengan hanya sebuah unit di bawah Jabatan Bimbingan Kaunseling kini Jabatan Pendidikan Khas telah mempunyai jabatan sendiri dan mengendalikan kursus-kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) kepada pelajar-pelajar PISMP. Kursus yang ditawarkan kepada mereka adalah kursus yang berkaitan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan mendalam terhadap Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran secara khusus. Selain itu jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan aktiviti inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan dan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran setanding dengan universiti awam di dalam dan luar negara di samping berusaha mencapai Transformasi IPG dalam Pemantapan Pembangunan Profesionalisme Keguruan dan Pemantapan Pengembangan Kualiti Kurikulum. Bagi memantapkan profesionalisme JPK di bawah Dasar Deklarasi Pendidikan untuk Semua (Education for All) sebuah Makmal Disklesia telah diwujudkan bagi memperkukuhkan lagi latihan perguruan Pendidikan khas. JPK juga menjalin hubungan pengantarabangsaan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kursus-kursus yang di tawarkan di Jabatan Pendidikan Khas telah mencapai pengiktirafan dan keperluan MQA (Malaysian Qualitification Agency). Jabatan Pendidikan Khas juga telah menjadi Tier 2 di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).


FUNGSI JABATAN

  1. Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Rendah
  2. Merancang dan melaksanakan agihan kerja kursus dan interaksi
  3. Merancang, menilai dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
  4. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti bagi meningkatkan profesionalisme pensyarah dan memantapkan pengetahuan pelajar.
  5. Membantu, membimbing dan melatih pelajar dalam aktiviti yang berkaitan dengan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
  6. Menyediakan khidmat rundingan dan rujukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.
  7. Mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Khas Maslah Pembelajaran kepada pelajar dan guru-guru di sekitar daerah Kubang Pasu.
  8. Melaksanakan aktiviti dan program IPGM dan KPM yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dengan berkesan
  9. Melaksanakan sekurang-kurangnya satu penyelidikan satu pensyarah sama ada secara individu atau berkumpulan.

 

PENUTUP

Matlamat utama Jabatan Pendidikan Khas adalah melatih dan melahirkan insan guru yang berdaya saing dan menjadi ejen perubahan dalam keberhasilan dan kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). JPK juga berusaha untuk melatih dan membimbing bakal guru Pendidikan Khas agar sentiasa berkompentensi tinggi dan profesional dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

 

Bil. Gambar Nama Jawatan Tel/E-mel
1 Dr. Shamsul Rizal bin Khalil Ketua Jabatan 04-9148300 samb 370
04-9148300 samb 374 (KJ)
iThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 2   Harlina binti Ishak  Timbalan Ketua Jabatan 04-9148300
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 3    Nor Asiah binti Nasir Pensyarah Akademik 04-9148300
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 4  Suraya binti Bai Pensyarah Akademik 04-9148300
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
6   Norshafiqah binti Ahmad Pensyarah Akademik

04-9148300

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 7        











Bil


Nama Program


Ambilan

Bil. Unit
1 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
- Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Jun 2022 1
2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Jun 2022 2
3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Jun 2021 2
4 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Major Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Jun 2020  2