Bengkel “Learning Tools” telah diadakan pada 19 hingga 21 Feb 2023 di Hotel Park Avenue , Sungai Petani, Kedah anjuran Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA). Seramai 9 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibantu oleh seorang Pn. Zarina bt Abu Bakar selaku fasilitator daripada Jabatan teknologi Maklumat IPGKDA.

Peserta bengkel telah didedahkan tentang “Learning Tools” yang sangat bermanfaat untuk diaplikasikan dalam bidang tugas .

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Khas, En. Shamsul Rizal bin Khalil.

Tahniah kepada semua peserta atas kerjasama menjayakan program ini.