Article Index

UNIT PENDIDIKAN ISLAM

  1. Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus Pendidikan Islam Teras dan Elektif.
  2. Merancang program-program pembelajaran berterusan kepada semua insan guru berpandukan kursus-kursus yang ditawarkan.
  3. Menganjurkan aktiviti yang memberi penekanan kepada pembangunan insan guru berteraskan konsep Muddaris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim.

UNIT PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

  1. Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus Teras dan Elektif berkaitan Pengajian / Pendidikan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
  2. Melestarikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai wadah kelangsungan pendidikan mapan.
  3. Melahirkan generasi al-Quran yang berilmu dan menghayati al-Sunnah serta bermanfaat terhadap pembangunan negara dan ummah.
  4. Melahirkan guru Pendidikan Islam yang menguasai ilmu kandungan dan ilmu pedagogi al-Quran dan al-Sunnah.

UNIT TAMADUN ISLAM

  1.  Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus berkaitan Tamadun Islam.
  2. Memberi pemahaman yang lebih baik kepada insan guru mengenai Dunia Islam yang kaya dengan pelbagai peninggalan sejarah melalui pembelajaran, penyelidikan nilai-nilai Tamadun Islam dan kepelbagaian ummah. 

UNIT PENDIDIKAN MORAL

  1. Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus berkaitan Pendidikan Moral.
  2. Berusaha membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dan sepadu dari sudut intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial melalui pembelajaran dan pengalaman.
  3. Menganjurkan aktiviti yang membangunkan modal insan yang berkualiti dan holistik bagi menghadapi dunia global.