Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
‘Ke Arah Melestari Kecemerlangan’
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) merupakan jabatan yang menawarkan kursus-kursus berkaitan pengajian Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh empat ketua unit utama, iaitu Unit Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Unit Pendidikan Moral dan Unit Penyelidikan. Keempat-empat unit ini mendokong tonggak kelestarian institut dalam merealisasikan visi dan misi jabatan khususnya dan IPG umumnya. JPIM mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mengendali dan menganjurkan program ilmu yang memberi penghayatan mendalam terhadap Pendidikan Islam. Program-program ilmu yang menjadi kebitaraan JPIM antaranya Kuliah tahsin al-Quran, Bengkel Qiraat dan Tarannum, Tazkiyah al-Nafs, Daurah al-Kitab, Kuliah Maghrib serta program lain berkaitan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam di peringkat jabatan, institut dan IPGM. Sehingga Januari 2023, terdapat tiga program yang dikendalikan JPIM iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pergururan (PPISMP) Pendidikan Islam, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Pendidikan Islam dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Pendidikan Islam SR & SM serta Tahfiz.
Fungsi Jabatan
- Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Pendidikan Islam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Islam, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Mod KDC bagi Tahfiz, Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah.
- Merancang dan melaksanakan agihan kerja kursus dan interaksi.
- Merancang, menilai dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
-
Merancang dan melaksanakan aktiviti bagi program yang memperkasakan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
-
Menyampaikan ilmu berkaitan kursus yang ditawarkan kepada pelajar secara mendalam dan holistik untuk teras dan juga elektif.
-
Membantu, membimbing dan melatih para pelajar dalam sebarang aktiviti berkaitan Pendidikan Islam.
-
Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dan keagamaan kepada warga kampus.
-
Memberikan pendedahan tentang pengajian kitab-kitab agama kepada komuniti kampus dan luar kampus melalui kuliah dan ceramah.
-
Menyediakan khidmat rondingen dan konsultasi serta bimbingan berkaitan fardhu ain dan fardhu kifayah kepada komuniti kampus dan luar kampus.
-
Menyediakan khidmat rondingen dan rujukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.
-
Mengendalikan kursus, bengkel dan seminar yang berkaitan dengan kebitaraan jabatan.
-
Membantu, membimbing dan melatih para guru yang mengikuti pengajian dan kursus dalam cuti dalam bidang Pendidikan Islam.
-
Melaksanakan aktiviti dan program IPGM dan KPM yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dengan sistematik dan berkesan.
-
Melaksanakan sekurang-kurangnya satu penyelidikan satu pensyarah sama ada secara individu atau berkumpulan.
- Menghasilkan satu penerbitan yang diterbitkan oelh pensyarah JPIM setiap tahun.
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
- Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus Pendidikan Islam Teras dan Elektif.
- Merancang program-program pembelajaran berterusan kepada semua insan guru berpandukan kursus-kursus yang ditawarkan.
- Menganjurkan aktiviti yang memberi penekanan kepada pembangunan insan guru berteraskan konsep Muddaris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim.
UNIT PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
- Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus Teras dan Elektif berkaitan Pengajian / Pendidikan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
- Melestarikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai wadah kelangsungan pendidikan mapan.
- Melahirkan generasi al-Quran yang berilmu dan menghayati al-Sunnah serta bermanfaat terhadap pembangunan negara dan ummah.
- Melahirkan guru Pendidikan Islam yang menguasai ilmu kandungan dan ilmu pedagogi al-Quran dan al-Sunnah.
UNIT TAMADUN ISLAM
- Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus berkaitan Tamadun Islam.
- Memberi pemahaman yang lebih baik kepada insan guru mengenai Dunia Islam yang kaya dengan pelbagai peninggalan sejarah melalui pembelajaran, penyelidikan nilai-nilai Tamadun Islam dan kepelbagaian ummah.
UNIT PENDIDIKAN MORAL
- Merancang pelaksanaan kurikulum dengan menawarkan kursus-kursus berkaitan Pendidikan Moral.
- Berusaha membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dan sepadu dari sudut intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial melalui pembelajaran dan pengalaman.
- Menganjurkan aktiviti yang membangunkan modal insan yang berkualiti dan holistik bagi menghadapi dunia global.
VISI JPIM ke arah melestari kecemerlangan seiring dengan misi dan visi IPG
MISI Untuk melahirkan generasi insan guru Pendidikan Islam yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.