Utama
Program Isra’ Mikraj dan Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1444H/2023 M
- Details
- Hits: 15796
IPGK Darulaman, Jitra – 16 Mac 2023 (Khamis) Masjid An-Nur IPGKDA telah mengadakan program Perasmian Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1444 H dan ceramah Isra’ Mikraj yang merupakan salah satu aktiviti Masjid An-Nur IPGKDA 2023 bermula jam 2.00 petang melibatkan semua warga IPGKDA termasuk semua pelajar yang beragama Islam. Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan dimulai dengan ucapan dari Dr. Hj. Asri bin Md Saman @ Osman, Timbalan Pegerusi Masjid An-Nur yang juga Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mewakili Tuan Pengarah IPGKDA dan seterusnya merasmikan Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1444H melibatkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah, Iftar Harian, Iftar Perdana, Qiamullail Perdana, solat Tarawih, Kuliah Zohor, Tadarus al-Quran, Khatam Al-Quran dan memasak bubur lambuk. Ramadan Al-Mubarak merupakan satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Oleh itu besarlah harapan pihak JK Masjid An-Nur untuk mendedahkan kepada semua warga IPGKDA tentang adab dan amalan mulia di bulan Ramadan.
Selepas itu, majlis ceramah Isra’ Mikraj pula menampilkan penceramah yang diundang khas iaitu Dr. Mohd Nizho bin Abdul Rahman pensyarah dari UUM Kedah. Majlis ceramah ini bertujuan untuk mengingati peristiwa Israk dan kaitannya dengan Bulan Ramadhan serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkannya didalam kehidupan seharian. Program tersebut tamat pada jam 3.30 petang.
Karnival Sukan Bainun 2023
- Details
- Hits: 15654
Pada 17-19 Mac 2023, IPG Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, Pulau Pinang- telah menganjurkan Karnival Sukan Bainun. Lima buah IPGK yang terlibat dalam Karnival Sukan Bainun iaitu IPGK Tuanku Bainun, IPGK Ipoh, IPGK Pulau Pinang, IPGK Darulaman dan IPGK Sultan Abdul Halim. IPG Kampus Darulaman telah menghantar pasukan Sukan Badminton bagi Kategori Pensyarah/Staf dan Kategori Pelajar. Pencapaian IPG Kampus Darulaman adalah seperti berikut:
Tahniah diucapkan kepada pasukan IPGKDA.
KATEGORI PENSYARAH/STAF:
A. Berpasukan-Pencapaian: NAIB JOHAN
1. Ganesan Arumugam
2. Zulkifli Mat Isa
3. Mohd Tarmizi Kasim
4. DR Muhammad Fariduddin Wajdi Anthony
5. Gopalakrishnan Ramasamy
6. Hanif Faizal Che Ani
7. Mohd Rizal Abdul Hamid
8. Mohd Sahafudin Zakaria/DR Abdul Hadi Salleh
B. Pensyarah/Staf Beregu Terbuka Lelaki-Pencapaian: NAIB JOHAN
1. Ganesan Arumugam
2. Mohd Tarmizi Kasim
C. Pensyarah/Staf Lelaki (VETERAN)-Pencapaian: NAIB JOHAN
1. DR Muhammad Fariduddin Wajdi Anthony
2. Zulkifli Mat Isa
KATEGORI PELAJAR:
A. Beregu Lelaki IPGKDA A-Pencapaian: NAIB JOHAN
1. Lee Kai Yan
2. Tuan Hafizol Tuan Salleh
B. Beregu Lelaki IPGKDA B-Pencapaian: TEMPAT KETIGA
1. Daeng Mohd Fikhri Eyuki
2. Ahmad Hakam Nor Hesyam
C. Beregu Campuran IPGKDA A-Pencapaian: NAIB JOHAN
1. Lee Kai Yan
2. Nursuriati Mat Saei
Beregu Campuran IPGKDA B-Pencapaian: KETIGA
1. Tuan Hafizol Tuan Salleh
2. Nur Zahirah Shai Puddin
Young Inventors Journal Paper Writing Competition Online Viva: Warga IPGK Darulaman Mendoakan Kejayaan Pelajar
- Details
- Hits: 15075
IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah –15 Mac 2023. Jabatan STEM, IPGK Darulaman telah menghantar tiga pasukan dalam pertandingan antarabangsa penulisan essay Young Inventors Journal anjuran Pertubuhan Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama KPM, KLAY Enersol dan FMT. Penulisan ilmiah ini berkonsepkan pemikiran atau produk inovasi bertemakan “How to Rebuild a Better World Post Covid-19 : Economics, Entrepreneurship and Livelihood. Kumpulan peserta guru pelatih IPGKDA telah berjaya melepasi pemilihan esei berkualiti yang melayakkan pelajar kita menduduki sesi Viva secara dalam talian dengan pihak penganjur.
Inovasi yang kita bawa dalam format esei adalah:
1. INTER-2: Fun Learning Pronunciation in Two-Way Communication.
Muhammad Fahmin Bin Nazelihisham (Sejarah 2 PISMP Jun 2021)
Ain Tasnim Binti Rozairi (Bahasa Melayu 2 PISMP Jun 2021)
Anis Zafirah Binti Jamalludin. (Sejarah 1 PISMP Jun 2020)
2. Edu Box: Supporting Self Directed Learning Within Fun Educational Games.
Nur Fatini Rabihah Binti Razaki (Sejarah 2 PISMP Jun 2021)
Nur Shafiza Binti Sharipudin (Sejarah 2 PISMP Jun 2021)
Farisha Binti Mahashim (Sejarah 5 PISMP Jun 2020)
3. Self Vendor Machine (SVM) to Support Reinforcement of Young Student’s Self-Management in Classroom
After Pandemic.
Nur Farah Natasha Kamarul Zaman (Sejarah 3 PISMP Jun 2020)
Shahrul Danial Farhan Abdul Razak (Pendidikan Khas 2 PISMP Jun 2021)
Zeti Alia Binti Hassni (Sejarah 5 PISMP Jun 2020)
Page 18 of 43