Utama
Program Mentor Mentee (Tema: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani)
- Details
- Hits: 15022
PROGRAM MENTOR MENTEE
Anjuran: UNIT PEMBANGUNAN INSANIAH,
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, IPG KAMPUS DARULAMAN, JITRA, KEDAH
dengan kerjasama
JABATAN SAINS SOSIAL,
IPG KAMPUS DARULAMAN,
JITRA, KEDAH
TETAMU UTAMA:
1.DR HAJI MOHAMAD ISA BIN AZIS (TIMBALAN REKTOR HEP IPGM)
2.EN. ROZAIMAN BIN ABD RAHMAT (SISC+ BAHASA)
3.NUR NADIAH BINTI AHMAD YAZID (KAUNSELOR IPGKDA)
Slot 1: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Slot 2: Kualiti Guru Yang Dinantikan Di Sekolah
Slot 3: Tips Perancangan Aktiviti Mentor Mentee Bulanan
Tarikh: 1 Jun 2023 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Pautan Link:
https://www.youtube.com/watch?v=QpJkNz_2lqM
Para Mentor, Mentee-mentee dan seluruh warga IPG dijemput bersama-sama
Majlis Apresiasi Kecemerlangan IPGKDA 2023
- Details
- Hits: 15279
IPG KAMPUS DARULAMAN, Jitra- Pada 13 April 2023 (Khamis) yang lalu telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan IPGKDA 2023 anjuran Unit Peperiksaan dan Penilaian dengan kerjasama JPP IPG Kampus Darulaman. Majlis Apresiasi Kecemerlangan IPGKDA 2023 yang penuh gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Za’ba bertujuan untuk menghargai Pelajar Semester Akhir yang akan tamat pengajian Jun 2023 selain memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang di kampus.
Majlis ini dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Darulaman iaitu Dr Muhammad Fadzil bin Che Amat, KJ JKA En Mohd Azizi bin Mukhtar, KU Unit Peperiksaan Dan Penilaian Hj Mohd Ashraf bin Mohamad, KS Kecemerlangan Akademik Dr Rusmawati bin Othman. Selain itu majlis ini juga turut dihadiri oleh para Ketua Jabatan, Ketua Unit, Mentor dan Penyelaras PISMP. Seramai 209 Orang Pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 terlibat dalam majlis ini.
Dalam majlis ini, terdapat beberapa anugerah yang disampaikan kepada para pelajar PISMP ambilan Jun 2019 antaranya Anugerah Akademik Terbaik (PNGK Terbaik), Anugerah Kepimpinan, Anugerah Kokurikulum, Anugerah Praktikum dan Anugerah Emas.
Dengan adanya penganjuran majlis sebegini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar dan menjadi batu loncatan dalam menghadapi persediaan menjadi seorang guru sekali gus melahirkan Siswa Guru yang cemerlang.
Page 16 of 43