? Bilik Mesyuarat Seroja, JKA
? 16 - 19 Mac 2025 | Ahad - Rabu | 8.30 pagi - 4.00 petang
IPGKDA menerima enam orang pensyarah baharu yang tamat cuti belajar (HLP) dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu, JKA mengambil inisiatif melaksanakan bengkel yang memfokuskan kepada pengurusan akademik dan pentaksiran sebagai persediaan awal sebelum mereka melaksanakan tugas PdP dan pentaksiran kelak. Bengkel selama empat hari dibimbing oleh Ketua-ketua Unit JKA, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, Ketua Pemeriksa Dalam serta Penyelaras EOMS. JKA mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang kini bergelar pensyarah IPG.
#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara
IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|