Pejabat Pengarah JPN Kedah
03 Mac 2025 | Isnin | 11.00 Pagi

IPGKDA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sempena Sesi Libat Urus (SLU) IPGKDA bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada 3 Mac 2025 bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. SLU memfokuskan kepada strategi pengambilan pensyarah baharu dalam kalangan warga pendidikan JPN Kedah serta perbincangan berhubung program dan inisiatif kerjasama antara kedua-dua agensi. IPGKDA merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah JPN Kedah atas kerjasama dan komitmen jitu bagi menjayakan SLU tersebut. Semoga hubungan baik yang sedia terjalin di antara IPGKDA dan JPN Kedah akan memberi impak kepada pendidikan di negeri Kedah.

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

 

Kepada semua Muslimin dan Muslimat

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H | 2025

مرحبا يا رمضان

Ikhlas daripada,
Pengarah, Timbalan Pengarah &
Warga IPG Kampus Darulaman

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

Pengarah, Timbalan Pengarah dan Seluruh warga IPG Kampus Darulaman mengucapkan syabas dan tahniah kepada:

AHMAD ABID BIN MOHD RADZI dari PISMP AMBILAN OGOS 2023/2028

kerana berjaya dinobatkan sebagai JOHAN HAFAZAN AL-QURAN TAHAP 3, 1-30 JUZUK & TAFSIR (LELAKI) yang berlangsung pada 23 Februari 2025, bertempat di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kota Bharu Kelantan.

?Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada para siswa guru untuk sentiasa memelihara Al-Quran.

TAHNIAH SEKALI LAGI!

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara


IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara


IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

IPG Kampus Darulaman melalui JK Pelaksana Akreditasi telah berjaya menganjurkan Bengkel Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE): Konsep dan Keperluan dalam Pendidikan Tinggi.

-OBE atau Outcome-Based Education merupakan pendekatan penting dalam memastikan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan hasil, selaras dengan keperluan akreditasi dan standard pendidikan tinggi.

-Antara topik yang dibincangkan:
✅ Konsep dan falsafah OBE ?
✅ Reka bentuk kurikulum berasaskan hasil ?
✅ Pendekatan penilaian dan pemantauan keberkesanan ?

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para pensyarah dan tenaga pengajar dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di IPGKDA!

#IPGKDA #OBE #PendidikanTinggi #BersamaMembangunMasaDepan

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|