Pertandingan ini dibuka kepada seluruh IPGK seluruh negara yang melibat hampir 27 buah pasukan band. Pada peringkat awal, ianya dijalankan secara persembahan band melalui penghantaran video. Hanya 6 pasukan sahaja yang dipilih oleh juri professional ke peringkat final yang akan dibuat secara live dan terbuka. Enam Pasukan yang dipilih ke peringkat akhir ialah IPG Kampus Darulaman, IPGK Ilmu Khas, IPGK Perlis, IPGK Ampuan Afzan, IPGK Ipoh dan IPGK Tun Abdul Razak. Pertandingan akhir telah dijalankan pada 26 September 2023 jam 8.00 malam hingga 10.30 malam di Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highland. Seramai 8 orang pelajar Elektif Muzik IPGKDA telah terpilih menyertai pertandingan tersebut dan telah mendapat tempat ke-4. Tahniah diucapkan atas kejayaan tersebut.