Persidangan Kebangsaan Sarjana Muda 2023 (PERSADA) telah diadakan pada 16 dan 17 Jun 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi anjuran Fakulti Sains Sosial Kebangsaan. Seramai tiga orang pelajar bidang teras Sejarah Ambilan Jun 2020 daripada Jabatan Sains Sosial telah diundang untuk membentang kertas kerja penyelidikan yang turut disertai hampir 130 peserta dari beberapa universiti awam & swasta UKM, UM, UPSI, Taylor Universiti dan UNISZA. Pensyarah yang terlibat Dr. Ahamad Jama' Amin bin Yang, Ketua Jabatan JSS dan pelajar terlibat dengan tajuk pembentangan adalah:

1. Ahmad Nasran bin Mohd Zahari - “Pembudayaan Nilai Patriotisme Melalui Mata Pelajaran Sejarah dalam Strategi Pengajaran Guru Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Umum”, 

2. Aisyah Farhah binti Mohd Yusri - “Pemupukan Semangat Patriotisme melalui Permainan Tradisional dalam Mata Pelajaran Sejarah”

3. Nurul Firzanah binti Abdul Karim - “Lawatan Maya dalam Pengajaran Sejarah: Satu Tinjauan Awal”

Tahniah diucapkan kepada semua.

Program Menelusuri Sejarah Warisan Budaya Tradisional Melaka telah diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2023 di Bandar Hilir Melaka anjuran Unit Sejarah, Jabatan Sains Sosial. Seramai 44 orang pelajar Sejarah PPISMP Ambilan Jun 2022 bersama 4 orang pensyarah telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Diharapkan melalui lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang sejarah budaya tradisional di Melaka dan dapat memperkayakan ilmu pengetahuan mereka.

 

Majlis Pelancaran Buku Sokongan Dewan Bahasa Pustaka - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 31 Mei 2023 (Rabu). Ucapan sekalung Tahniah kepada Dr. Jayakumary a/p Marimuthu sebagai Penulis Buku Cekap Sejarah Tahun 4, 5 dan 6 dalam majlis yang telah dirasmikan oleh Fadlina Sidek selaku Menteri Pendidikan Malaysia. Dalam majlis tersebut, sebanyak 31 Judul buku sokongan telah dilancarkan dan seramai 37 orang penulis iaitu dalam kalangan pensyarah IPG dan guru terlibat dalam penghasilan buku sokongan berdasarkan DSKP dan buku teks. Maklumat lanjut boleh ikuti di laman sesawang https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/05/31/14341/.