- Details
- Hits: 611
Selamat menjalani Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) ISO 21001:2018 yang akan berlangsung pada 10, 12 dan 13 Februari 2025 bagi seluruh warga IPG Kampus Darulaman.
Audit ini bertujuan memastikan keberkesanan sistem pengurusan organisasi pendidikan di IPGKDA terus cemerlang, selaras dengan standard antarabangsa. Komitmen dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam menjayakan audit ini.
Semoga proses ini berjalan lancar dan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan institusi kita.
#bersamasamafokusdansinergi
#EOMS
#AuditDalamanIPGKDA
#IPGKDA
#sinarilmudiutara
- Details
- Hits: 1024
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA
Seluruh warga IPG Kampus Darulaman ingin merakamkan ucapan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Dr. Mohd Azam Bin Ahmad atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga pelantikan ini membawa kejayaan yang berterusan dalam memartabatkan sektor pendidikan negara, khususnya dalam pembangunan profesionalisme. Kami mendoakan agar amanah ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan terus memberikan impak besar kepada sistem pendidikan Malaysia.
Sekali lagi, tahniah daripada:
Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Wan Fadzli Bin Wan Haron
Pengarah IPG Kampus Darulaman
Dr. Hjh. Amani Binti Dahaman @ Dahlan
Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman
dan seluruh warga kampus IPG Kampus Darulaman.
#bersamasamafokusdansinergi
#ipgkampusdarulaman
#sinarilmudiutara