TAHNIAH ATAS PELANTIKAN AHLI SENAT IPG KPM
IPG Kampus Darulaman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mohd Zailani bin Ismail, Pensyarah Akademik, Jabatan Bahasa Arab, atas pelantikan sebagai Ahli Senat Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, khususnya dalam memperkasa keilmuan dan akademik di IPG.
Seluruh warga kampus IPG Kampus Darulaman mengucapkan selamat maju jaya dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

PLC: PENYELIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN "ONE PAGE MODEL PROPOSAL"
Tarikh : 17 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Permata, Pusat Sumber

JKA dengan kerjasama JK Penyelidikan Pelajar telah menganjurkan PLC Penyeliaan Kertas Cadangan Penyelidikan bertujuan memperkenalkan kepada pensyarah penyelia tentang penyediaan kertas cadangan dengan konsep "One Page Model Proposal". Perkongsian PLC telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Nidzam bin Yaakob, KU Penyelidikan dan Inovasi JPPI melibatkan semua pensyarah penyelia penyelidikan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman bagi Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) ISO 21001:2018 bagi Bilangan 1 Tahun 2025 bermula 10 hingga 13 Februari 2025.
Majlis Pembukaan Audit Dalaman
Tarikh: 10 Februari 2025 (Isnin)
Lokasi: Bilik Permata, Pusat Sumber, IPG Kampus Darulaman
Majlis ini dirasmikan dengan kehadiran pengurusan atasan, ketua-ketua jabatan, serta pemegang dan penggerak prosedur bagi memastikan standard dan keperluan EOMS dipatuhi.
 
Majlis Penutupan Audit Dalaman
Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)
Lokasi: Wacana Ilmu, Pusat Sumber, IPG Kampus Darulaman
Majlis penutupan menandakan berakhirnya sesi audit dalaman dengan refleksi dan cadangan penambahbaikan terhadap pengurusan organisasi pendidikan IPGKDA.
 
Pelaksanaan audit ini bertujuan untuk memastikan sistem pengurusan organisasi pendidikan di IPGKDA sentiasa mematuhi piawaian ISO 21001:2018 (EOMS) demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keberkesanan pengurusan akademik.
 
 
 

STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 1): ASAS PENYELIDIKAN – PEMBINAAN OBJEKTIF, PERMASALAHAN DAN REKA BENTUK KAJIAN
Tarikh: 16 Februari 2025
Masa: 9.00 – 11.00 pagi
Sasaran: Pelajar PISMP ambilan 2021/2026
Anjuran: JK Penyelidikan Pelajar & JKA

JK Penyelidikan Pelajar dengan kerjasama JKA telah menganjurkan program Studio Penyelidikan bagi membimbing pelajar menyediakan kertas cadangan penyelidikan. KJ Sains Sosial, Dr. Hjh. Khalijah Ahmad dan KJ Pendidikan Islam dan Moral, Dr. Ahmad Tamizi Abu telah berkongsi kepakaran tentang pendekatan kualitatif dan kuantitatif serta reka bentuk penyelidikan yang dilaksanakan secara dalam talian melibatkan seramai 212 orang pelajar PISMP ambilan 2021/2026.

Warga IPG Kampus Darulaman mengucapkan setingi-tinggi tahniah atas perlantikan Ybhg Dato' Hj. Mohd Zamri Bin Abdul Aziz sebagai Timbalan Rektor Kanan, Institut Pendidikan Guru Malaysia berkuatkuasa 12 hb Februari 2025. Tahniah, Tuan!