Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi Program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (MQA/FA 17895) telah berlangsung pada 19-20 Ogos 2024 hari Isnin dan Selasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Ahli Panel Penilai yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed dan Dr. Abu Zarrin bin Selamat serta Pegawai MQA bertugas En. Mohd Fairuz bin Abu Samah. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa lawatan adalah seperti mesyuarat penyelarasan antara Pegawai MQA dan Ahli Panel Penilai (APP), taklimat latar belakang program oleh Ketua Program iaitu Ketua Jabatan dari Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JPIM) serta sesi pembuktian pematuhan terhadap syarat-syarat akreditasi sementara, perjumpaan dengan Ketua Program & staf akademik, pemerhatian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, perjumpaan dengan wakil pelajar PPT dan pelajar program PDP, lawatan ke bilik kuliah & pusat sumber, semakan dokumen, perjumpaan dengan Setiausaha Jaminan Kualiti & Pematuhan Polisi, penyelarasan hasil dapatan lawatan antara APP dengan MQA dan pembentangan dapatan lawatan bersama pihak MQA, APP dan pihak pengurusan PPT. Tahniah diucapkan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, SU SJKPP, KJ JKA, Penyelaras MQA, Pemegang Program PDP Pendidikan Islam - KJ JPIM, semua KJ/KU, AJK dan urusetia program serta semua pensyarah yang terlibat semasa penyediaan dan pelaksanaan penilaian MQA kali ini. Terima kasih atas komitmen, fokus dan sinergi yang tinggi.
Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Malaysian Qualification Agency (MQA) PDP Pendidikan Islam
- Details
- Written by Pn. Fairus Binti Abu Bakar
- Category: Admin
- Hits: 2407