Alhamdulillah, Program Lambaian Kaabah (Kursus PIMK 1094 Pengantar Ilmu Fiqh) anjuran Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JPIM) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya! 
Program ini disertai oleh pelajar Pendidikan Islam Ambilan Ogos 2024 dan bertujuan memperkukuhkan pemahaman mereka tentang ibadah haji dan umrah. Melalui simulasi praktikal, kuliah pengenalan, dan sesi tazkirah, para pelajar mendapat pengalaman yang mendalam dan berkesan tentang rukun-rukun ibadah ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tabung Haji Cawangan Alor Setar atas kerjasama yang telah diberikan kepada pihak kampus dan JPIM. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Lambaian Kaabah ini. Moga usaha kita semua diberkati Allah SWT. Aamiin.
 
Program Perkongsian Pintar Majlis Professional, Pengurusan dan Pentabiran antara IPGK Darulaman dan IPGK Pendidikan Islam.
Tarikh : 13 November 2024
Tempat : Pusat Sumber IPGK Darulaman
Melibatkan barisan MPPP, ketua-ketua jabatan/unit dan wakil-wakil mengadakan sesi perkongsian dan diskusi yang memberi pelbagai input berguna kepada para peserta program. Terima kasih kepada Delegasi MPPP IPGK Pendidikan Islam atas kesudian hadir ke IPGK Darulaman.
Program Perkongsian Bermakna AKRAB IPGKDA dan IPGK PULAU PINANG.
Tarikh : 12 November 2024
Tempat : IPGK Pulau Pinang
Memberi input yang sangat berguna dan membuka ruang serta peluang untuk jaringan kolaborasi program di masa akan datang. Tahniah semua yang hadir dan menjayakannya.
 
 

Bengkel Membatik Panitia Seni Visual Rendah Daerah Kubang Pasu telah diadakan pada 7 November 2024 bertempat di Pusat Sumber IPGKDA. Bengkel ini telah disasarkan kepada Pelajar Major Dan Elektif PSV Ambilan Ogos 2022/2027 dan Pelajar Major PSV Ambilan Ogos 2023/2028. Selain itu, ia juga melibatkan seorang guru dan seorang murid dari 58 buah sekolah rendah di Kubang Pasu.
Bengkel anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual Kubang Pasu dengan kerjasama IPGK Darulaman ini bertujuan untuk memperkenalkan seni batik sebagai salah satu warisan budaya Malaysia dan menggalakkan murid untuk menghargai dan memartabatkan seni tradisional.

Bengkel Penulisan Kajian Literatur dan Pengaplikasian Turnitin dalam Penulisan Ilmiah dihadiri oleh 50 orang pensyarah yang merupakan pensyarah pembimbing Penyelidikan dalam Pendidikan bagi pelajar PISMP Ambilan Ogos 2024 bertempat di Bilik Permata, PSI. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Hjh Amani Binti Dahaman@Dahlan Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman.
Bengkel dimulakan dengan sesi perkongsian penggunaan turnitin dan mendeley oleh Pustakawan Perpustakaan Sultanah Bahiyah Pn Suriani Bt Muhamad dan Pn Fadzilah Binti Hussin.