- Details
- Hits: 24001
STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 1): ASAS PENYELIDIKAN – PEMBINAAN OBJEKTIF, PERMASALAHAN DAN REKA BENTUK KAJIAN
Tarikh: 16 Februari 2025
Masa: 9.00 – 11.00 pagi
Sasaran: Pelajar PISMP ambilan 2021/2026
Anjuran: JK Penyelidikan Pelajar & JKA
JK Penyelidikan Pelajar dengan kerjasama JKA telah menganjurkan program Studio Penyelidikan bagi membimbing pelajar menyediakan kertas cadangan penyelidikan. KJ Sains Sosial, Dr. Hjh. Khalijah Ahmad dan KJ Pendidikan Islam dan Moral, Dr. Ahmad Tamizi Abu telah berkongsi kepakaran tentang pendekatan kualitatif dan kuantitatif serta reka bentuk penyelidikan yang dilaksanakan secara dalam talian melibatkan seramai 212 orang pelajar PISMP ambilan 2021/2026.
- Details
- Hits: 22640
Seramai 264 orang pelajar PISMP Ambilan 2021/2025 telah mengikuti program Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 1 yang dilaksanakan pada 02 – 06 Februari 2025. Program berlangsung selama lima hari dengan aktiviti berbentuk perkongsian ilmu, bengkel dan simulasi yang bersifat hands on telah dijayakan oleh penceramah dan fasilitator daripada Jemaah Nazir Negeri Kedah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Guru Penolong SK Peremba termasuk pensyarah IPGKDA. Slot Bina Insan Sejahtera turut disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Pendidikan, En. Abu Seman bin Mat Karim. Program ini bermatlamat memberikan pendedahan tentang dasar dan program terkini di sekolah kepada siswa guru sebelum Praktikum Fasa 2. Program berakhir pada 06 Februari 2025 dan disempurnakan perasmian penutupannya oleh Pengarah IPGKDA.
- Details
- Hits: 25274
|5 Januari 2025|
Jabatan Kecemerlangan Akademik menganjurkan Bengkel Pengurusan CDL bertujuan mendedahkan proses kerja penyediaan CDL yang mensasarkan pensyarah baharu (ambilan 2024). Bengkel dilaksanakan pada 15 Januari 2025 (Rabu) di Pusat Sumber dibimbing oleh Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan, Hjh. Zubaidah Mat Nor dengan dibantu oleh Penolong Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan, Dr. Wan Nornajmiwati Wan Ab Rahman dan Penyelaras CDL, Ustaz Mohd Hafizuddin Ismail.
- Details
- Hits: 23729
03 Februari 2025
Anjuran: IPGM & Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA)
Pegawai Khas Menteri Pendidikan, En. Abu Seman bin Mat Karim telah hadir menyampaikan perkongsian tentang Program Bina Insan Sejahtera yang berkonsepkan Malaysia Madani sempena Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 1 di IPGKDA pada 03 Februari 2025. Program yang diterajui oleh IPGM melibatkan penceramah daripada pelbagai bahagian KPM dilaksanakan serentak di semua kampus IPGK sempena Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 1 melibatkan pelajar PISMP Ambilan 2021/2025. Program ini menjadi platform penting untuk membina generasi muda yang berilmu, berani, dan bersatu dalam menghadapi cabaran masa depan. Usaha ini mencerminkan komitmen KPM dalam melahirkan modal insan yang mampu membawa perubahan positif kepada negara dan dunia.
- Details
- Hits: 32802
BENGKEL PERANCANGAN KURIKULUM (BPK) SEMESTER II SESI 2024/2025
Jabatan Kecemerlangan Akademik telah menganjurkan BPK semester II sesi 2024/2025 mulai 30 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025 melibatkan semua program pengajian yang ditawarkan iaitu PPISMP, PISMP dan PDPP. Agenda BPK yang dilaksanakan ini meliputi Taklimat Akademik, PLC: Pembelajaran Digital, Bengkel Merungkai dan Merangkai HPK (KPPB), Pembinaan JST, Soalan dan Rubrik PB (mengandungi elemen KPPB), Bengkel OPD-KPPB dan Induksi Kursus. BPK dilaksanakan bagi memenuhi keperluan prosedur EOMS PT-03 – Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum sebelum semester baharu bermula. Bengkel dimulakan dengan Amanat Pengarah sempena Tahun Baharu 2025 dan disusuli dengan Taklimat Timbalan Pengarah berhubung Hala Tuju dan Fokus Pengurusan Tahun 2025. BPK sesi pagi hari pertama diakhiri dengan Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Akademik yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Ketua Unit Pengurusan Akademik JKA.
Page 3 of 5