Pada 27 Mei 2025,Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi KKM di bawah Sekretariat Jaminan Kualiti & Pematuhan Polisis (SJKPP) IPG Kampus Darulaman telah menganjurkan program Sinergi Akreditasi MQA: Menelusuri Kecemerlangan UUM yang berlangsung di Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Program lawatan ini diketuai oleh Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron, Pengarah IPGK Darulaman dan disertai oleh Dr. Hjh Amani bt Dahaman, Timbalan Pengarah IPGK Darulaman bersama-sama 27 orang ahli Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi KKM telah terlibat dalam program ini .

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung berkaitan proses akreditasi MQA serta berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pihak UUM. Antara pengisian utama ialah taklimat pengenalan, pembentangan pengalaman akreditasi, lawatan ke fakulti dan unit jaminan kualiti, serta sesi perbincangan bersama pihak UUM.

Hasil daripada lawatan ini, para peserta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai strategi pengurusan dokumen dan evidens standard MQA, di samping membina jaringan profesional antara institusi. Program ini juga telah memberi impak positif dalam meningkatkan kesiapsiagaan IPG Kampus Darulaman menghadapi audit akreditasi pada masa akan datang.

Tarikh : 7 Mei 2025
Masa : 11:00 AM
Lokasi : Pejabat JHEP, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
2 orang wakil AMT JPP, saudara Irfan Azhari (Bendahari Agung) & saudara Amzar Haziq (Naib Setiausaha Agung) telah membentangankan perkembangan semasa aktiviti "Go Cashless @ IPDA".
Pembentangan ini dihadiri oleh wakil Yayasan Didik En Asnawi & En Nazrin, Pegawai Yayasan Didik, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga program yang dijalankan secara konsisten ini dapat memberikan pulangan semula yang baik kepada warga kampus.
Laporan oleh:
MUHAMMAD AMZAR HAZIQ BIN MAT ALI
NSUA JPP SESI 2025/2026
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
 
 
#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|
 

MAKLUMAN JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2025 BAGI SISWA GURU

(PPISMP / PISMP / PISP)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

 

MAKLUMAN JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2025

BAGI SISWA GURU ( PDPP )

 

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

 

TAKLIMAT DAN PEMILIHAN KURSUS ELEKTIF (PILIHAN) PPISMP SEMESTER III SESI 2024/2025 (JUN - JULAI 2025)
? Anjung Wacana Ilmu, Pusat Sumber


? 20 Mac 2025 | Khamis | 11.30 pagi
Seramai 123 orang pelajar PPISMP bidang Bahasa Melayu dan TESL telah mengikuti taklimat dan pemilihan kursus elektif (kursus pilihan) bagi melengkapkan pengajian semester III sesi 2024/2025. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras PPISMP, KU Program Pengajian Akademik, KU Pembelajaran Digital dan wakil dari Jabatan STEM dan Jabatan Sains Sosial. JKA mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua jabatan atas kesediaan menawarkan empat kursus elektif pada semester akan datang.

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|