06 Februari 2022-Majlis perasmian KIOSK TS25 IPG KDA telah disempurnakan oleh Kol. Kehormat (PA) Hj Hashim bin Asman-Pengarah IPG KDA, anjuran Jawatankuasa TS25 IPGK.  Menurut Dr. Mashira Yahaya selaku Penyelaras TS25 IPG KDA,  istilah ‘kiosk’ biasanya digunakan dalam urusan jual beli sesuatu barangan atau produk. Dalam hal ini, kiosk TS25 IPG KDA bukanlah gerai atau tempat jual barangan tetapi kiosk TS25 merujuk kepada himpunan bahan-bahan Program Transformasi Sekolah 2013-2025 yang dipamerkan merupakan pengantara kepada proses kemenjadian murid iaitu produk modal insan unggul. Justeru, pelajar-pelajar IPG KDA terutamanya yang merupakan guru-guru pelatih boleh mendapatkan bahan-bahan rujukan tentang TS25  di Kiosk TS25 IPG KDA sebagai persediaan diri ke alam pekerjaan nanti. Bahan-bahan ini juga boleh menjadi rujukan tambahan kepada Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) dalam memberi khidmat sokongan lawatan dan bimbingan di sekolah TS25.

26 Januari 2022- Bengkel Perdana Penggunaan Aplikasi 'TURNITIN' dianjurkan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPG KDA). Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator yang berpengalaman iaitu Pn Fadzilah binti Hussin dan Pn Siti Suriyani binti Mohamad dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia (UUM). Peserta bengkel terdiri daripada pensyarah IPG KDA. 
  

13 Januari 2022- Majlis menandatangani MoA, UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) di Pejabat Naib Canselor, Aras 4 Bangunan Canselori, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra. Pihak Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) (DyCos Research Group) akan bekerjasama dengan IPGKDA untuk projek Lightboard di IPGKDA. Projek R&D Studio Lightboard ini adalah sebagai persediaan IPGKDA ke arah Pendigitalan Pendidikan di IPGKDA.