Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (P3PK) , Perlis - 14 Jun 2023 (Rabu). Satu lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pendidikan Khas, En. Shamsul Rizal Bin Khalil bersama  barisan pensyarah Jabatan Pendidikan Khas telah dilakukan bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan peralatan bagi proses penyediaan Makmal Pembelajaran Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah.
 Lawatan tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada pihak Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, Perlis di mana En. Rithauddin bin Abdul Rahim selaku Penolong Pengarah dan pegawai intervensi telah memberi taklimat berkaitan proses penubuhan makmal. Selain itu, lawatan ke bilik-bilik khas turut dilakukan dan diberi penerangan yang jelas oleh para pegawai di situ tentang keperluan dn fungsi bilik-bilik khas di P3PK Perlis. Diharapkan lawatan penanda aras ni dapat memudahkan Jabatan Pendidikan Khas dalam urusan menubuhkan Makmal Pembelajaran Pendidikan Khas di kampus IPGKDA.