TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH : HALA TUJU & FOKUS PENGURUSAN TAHUN 2025

Timbalan Pengarah IPGKDA, YBrs. Dr. Hjh. Amani binti Dahaman @ Dahlan turut menyampaikan taklimat berhubung hala tuju dan fokus pengurusan tahun 2025. Beliau menyeru semua warga IPGKDA menghayati spirit hijriah untuk tahun 2025 dengan analogi berikut:

  • Memantapkan persaudaraan setiap ahli (Aus & Khazraj) dan Muhajirin & Ansar.
  • Pensyarah baharu diibaratkan seperti kalangan muhajirin yang baru memasuki sistem IPG dipersaudarakan dengan pensyarah lama seperti golongan ansar yang akan membantu saudara mereka yang baharu.
  • Membina masjid Nabawi dan menjadikannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan sosial.
  • Mengimarahkan Masjid an-Nur dan Pusat Ilmu dengan aktiviti sokongan akademik dan tafaqquh, pengukuhan ukhuwwah pasukan dan kemasyarakatan.
  • Menetapkan garis panduan kepada penduduk Madinah (Piagam Madinah) yang menjadi rujukan semua warga dan dipatuhi.

Pengurusan IPGKDA menyediakan 3 garis panduan untuk dijadikan rujukan semua warga iaitu Manual Pengurusan & Takwim Perancangan Tahunan, Panduan Pengoperasian Kampus dan Pendekatan Model GROW Dalam Pengurusan dan Hala Tuju 2025.

Beliau mengharapkan ketiga-tiga buku panduan ini dapat dijadikan rujukan semua warga dalam menguruskan kampus, jabatan dan unit dengan lebih berfokus dan sinergi.

https://drive.google.com/file/d/10kAQyYX9g26_VMFNBJpklFpLCy5MBi6W/view?usp=drive_link

 

Selamat Tahun Baru 2025!
Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih gemilang buat kita semua di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Mari kita terus berusaha, berinovasi, dan bersatu dalam menjayakan agenda pendidikan negara.Bersama-sama fokus dan sinergi.
Selamat maju jaya dan semoga 2025 menjadi tahun penuh keberkatan untuk semua.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR PISMP
Gunakanlah masa cuti ini dengan bijak untuk berehat, mengisi semula tenaga, dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga serta orang tersayang. Jangan lupa untuk terus menambah ilmu, membaca, dan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

Semoga cuti ini memberi peluang kepada anda untuk kembali dengan semangat yang baharu dan bersedia untuk menghadapi semester seterusnya. Jaga keselamatan diri di mana sahaja anda berada, dan jangan lupa untuk terus mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang.

Selamat bercuti dan jumpa lagi pada semester hadapan!