Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra-24 September 2023 (Ahad) diadakan satu majlis meraikan persaraan Pengarah DR Mohamad Fadzil Che Amat yang bersara wajib pada 29 September 2023. Warga IPG Kampus Darulaman mengucapkan "SELAMAT BERSARA KEPADA PENGARAH IPGKDA DR MOHAMAD FADZIL CHE AMAT". 


 

Jabatan Sains Sosial IPGK Darulaman menganjurkan program Wacana Utara yang bertajuk "Kepemudaan, Gelora Cinta Dalam Kemerdekaan"

Tarikh : 14 September 2023

Hari : Khamis

Tempat : Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber IPGKDA

Pembicara : Tuan Muhamad Hanapi bin Jamaludin, Pengasas Benevolent Malaysia

Sasaran: Semua Pelajar PPISMP Jun 2023, PISMP Jun 2021, terbuka kepada semua pelajar, pensyarah dan kakitangan IPGKDA

E-Sijil Penyertaan disediakan dan kehadiran direkodkan dalam SPLKPM. 


Bengkel Pemantapan Kefahaman DSKP Pendidikan Islam telah diadakan pada 8 Ogos 2023 di bilik Kenanga, BTPN, Negeri Kedah anjuran Unit Al-Quran & Sunnah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 24 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibantu oleh 3 orang fasilitator. En Akmal bin Ahmad dan Puan Yasrina binti Yaakob dari PPD Kubang Pasu dan Puan Nor Ainon Jamaliah binti Mohamad Shah dari SK Bandar Baru Sintok. Para peserta telah didedahkan tentang pemantapan amalan terbaik bagi amalan profesional memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)- Pengurusan dan Amalan Pengajaran. Penyelaras bertugas ialah En. Mohamad Hafedz bin Salleh. Tahniah semua.

BICARA NEGARA "KEDAH - PULAU PINANG : KEMELUT DALAM PENYELESAIAN"

Tarikh : 18 JULAI 2023

Hari : SELASA

Masa : 2.00 petang

Tempat : Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber IPGKDA

Anjuran : Jabatan Sains Sosial, IPGKDA

Penceramah Jemputan:

1. Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz (Universiti Malaysia Perlis)

2. Prof. Dr. Mohd Azizuddin bin Mohd Sami (Universiti Utara Malaysia)

Para Pensyarah dan seluruh warga IPG dijemput bersama-sama untuk menyertai program ini.