Utama
BENGKEL PENGURUSAN AKADEMIK & PENTAKSIRAN PENSYARAH BAHARU (MAC 2025)
- Details
- Hits: 14743
? Bilik Mesyuarat Seroja, JKA
? 16 - 19 Mac 2025 | Ahad - Rabu | 8.30 pagi - 4.00 petang
IPGKDA menerima enam orang pensyarah baharu yang tamat cuti belajar (HLP) dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu, JKA mengambil inisiatif melaksanakan bengkel yang memfokuskan kepada pengurusan akademik dan pentaksiran sebagai persediaan awal sebelum mereka melaksanakan tugas PdP dan pentaksiran kelak. Bengkel selama empat hari dibimbing oleh Ketua-ketua Unit JKA, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, Ketua Pemeriksa Dalam serta Penyelaras EOMS. JKA mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang kini bergelar pensyarah IPG.
#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara
IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|
SALAM NUZUL AL QURAN
- Details
- Hits: 5110
#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara
IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|
STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 2): PENGURUSAN RUJUKAN (MENDELEY)
- Details
- Hits: 14795
STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 2): PENGURUSAN RUJUKAN (MENDELEY)
? Dalam Talian (Google Meet)
? 14 Mac 2025 | Jumaat | 2.30 Petang
Jawatankuasa Penyelidikan Pelajar dengan kerjasama JKA menganjurkan siri bimbingan penyelidikan kepada pelajar PISMP ambilan 2021/2026 tentang aplikasi Mendeley dalam pengurusan rujukan. Bengkel dilaksanakan secara dalam talian telah dibimbing oleh Dr. Farihah Hussain, Pensyarah Jabatan Bahasa Arab. Semoga bengkel sebegini dapat membantu pelajar menjalankan penyelidikan dengan lebih berkesan. IPGKDA mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras dan semua jawatankuasa yang terlibat.
#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara
IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|
SESI LIBAT URUS (SLU) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH BERSAMA-SAMA IPGKDA
- Details
- Hits: 4872
SESI LIBAT URUS (SLU) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH BERSAMA-SAMA IPGKDA
? Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKDA
? 06 Mac 2025 | Khamis | 10.00 Pagi
Sektor Pembelajaran JPN Kedah telah bertandang ke IPGKDA bagi menjayakan Sesi Libat Urus (SLU) susulan kunjungan IPGKDA kepada Pengarah JPN Kedah sebelum ini. Pasukan JPN Kedah diketuai oleh KPPK Unit TVET, En. Jamaludin Mohd Noh bersama-sama KPPK Unit Sains Matematik, Pn. Sarina Khalid. Turut sama hadir ialah KPP Unit TVET, Pn. Wan Nurulhuda Abdul Hamid dan KPP Unit Sains Matematik, Pn. Roselina Ramli. Perbincangan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menggembleng kekuatan dan kepakaran bagi menangani isu-isu yang melingkari warga pendidikan di negeri Kedah. Fokus akan diberikan kepada pembudayaan amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan peluasan program Sekolah Pengajar IPG di sekolah-sekolah terpilih seluruh Kedah seperti yang telah dipersetujui oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri sebelum ini. Jabatan Kecemerlangan Akademik, Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Ilmu Pendidikan dan Unit Khidmat Pengurusan turut dilibatkan dalam sesi perbincangan tersebut. IPGKDA menyambut baik inisiatif dan usaha murni JPN Kedah melalui Sektor Pembelajaran bagi memperkukuhkan kerjasama strategik ke arah kebersamaan dan keharmonian bagi memacu pendidikan di negeri Kedah.
#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara
IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|
Page 3 of 13