IPG KAMPUS DARULAMAN, Jitra- Pada 13 April 2023 (Khamis) yang lalu telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan IPGKDA 2023 anjuran Unit Peperiksaan dan Penilaian  dengan kerjasama JPP IPG Kampus Darulaman. Majlis Apresiasi Kecemerlangan IPGKDA 2023 yang penuh gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Za’ba bertujuan untuk menghargai Pelajar Semester Akhir yang akan tamat pengajian Jun 2023 selain memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang di kampus.

Majlis ini dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Darulaman iaitu Dr Muhammad Fadzil bin Che Amat, KJ JKA En Mohd Azizi bin Mukhtar, KU Unit Peperiksaan Dan Penilaian Hj Mohd Ashraf bin Mohamad, KS Kecemerlangan Akademik Dr Rusmawati bin Othman. Selain itu majlis ini juga turut dihadiri oleh para Ketua Jabatan, Ketua Unit, Mentor dan Penyelaras PISMP. Seramai 209 Orang Pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 terlibat dalam majlis ini.

Dalam majlis ini, terdapat beberapa anugerah yang disampaikan kepada para pelajar PISMP ambilan Jun 2019 antaranya Anugerah Akademik Terbaik (PNGK Terbaik), Anugerah Kepimpinan, Anugerah Kokurikulum, Anugerah Praktikum dan Anugerah Emas.

Dengan adanya penganjuran majlis sebegini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar dan  menjadi batu loncatan dalam menghadapi persediaan menjadi seorang guru sekali gus melahirkan Siswa Guru yang cemerlang.