VISI
Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pencapaian pendidikan dan budaya kerja berkualiti

MISI
Membudayakan pengurusan berkualiti dalam menghasilkan nilai tambah kepada kecekapan penyampaian
perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan kecemerlangan organisasi


PENGENALAN 

Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi (JKPP) Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dibentuk secara rasmi pada 29 Oktober 2019 setelah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada tarikh yang sama. Sebelum penubuhannya semua aktiviti berkaitan kualiti diuruskan oleh Unit Pengurusan Kualiti IPG KDA.
Sekretariat JKPP IPG merupakan penghubung kepada Jabatan Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi di IPGM berkaitan pengurusan akreditasi yang memenuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia dan pengurusan kualiti berasaskan piawai antarabangsa MS ISO 9001. Sekretariat JKPP IPG berperanan untuk mengawal selia kualiti penyampaian Perkhidmatan Pengurusan Pendidikan Keguruan (PPPK) bagi semua program akademik seperti berikut:

  • Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP),
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), dan
  • Program Diploma Pasca Pendidikan (PDPP).

Sekretariat JKPP dianggotai oleh Timbalan Pengarah selaku Ketua Sekretariat, Setiausaha Sekretariat, Penyelaras Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IPG, Penyelaras Akreditasi, Ketua Audit dan Penyelaras Pengurusan Risiko.

FUNGSI 

  1. Melaksanakan pengurusan proses akreditasi program IPG dan memastikan semua program akademik yang dilaksanakan di IPG mendapat akreditasi;
  2. Memastikan pematuhan keperluan MQF dan COPPA bagi permohonan akreditasi program IPG;
  3. Memantau dan menilai pelaksanaan sistem kitaran kualiti, agenda peningkatan kualiti menyeluruh di IPG dan pematuhan terhadap semua polisi yang berkaitan dengan kualiti;
  4. Memantau pelaksanaan proses kualiti, pengurusan risiko dan penghasilan output yang memenuhi keperluan pelanggan;
  5. Menilai tindakan penambahbaikan berterusan secara berkala dan memastikan keberkesanan semua urusan pengakreditasian program dan pengurusan kualiti IPG;
  6. Menyelaras aktiviti-aktiviti di bawah SPK mengikut standard, pekeliling dan syarat-syarat bagi proses pematuhan akreditasi dan amalan persekitaran berkualiti;
  7. Memantau persiapan dokumentasi dan tindakan agar mematuhi prosedur operasi standard dalam aspek pelaksanaan SPK;
  8. Menjalankan audit kualiti terhadap pengurusan akademik dan pentadbiran serta kelestarian program-program pengajian yang ditawarkan;
  9. Menjadi sumber rujukan dan sokongan kepada pengurusan kualiti akademik dan pentadbiran;
  10. Menyediakan syor kepada pihak pengurusan dalam mengawal kualiti akademik dan pentadbiran;
    dan
  11. Memantau pembudayaan amalan kualiti melalui pelaksanaan audit dalaman secara menyeluruh agar mematuhi keperluan standard dan dokumen kualiti yang berkuat kuasa.

 

"Pendidikan berkualiti, insan terdidik, organisasi harmoni"