- Details
- Hits: 2910
Pada 3 Julai 2024 yang lalu, Jabatan Pendidikan Khas IPGKDA telah melaksanakan Program Teaching School yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Seri Muda. Program ini disertai oleh 8 orang pelajar dan empat orang pensyarah pengiring. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu sekolah-sekolah rendah mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk penggunaan teknik dan strategi pengajaran yang lebih efektif dan inovatif.
Penyelaras PPKI iaitu Cikgu Firdaus menyambut kedatangan kami dan telah memberikan ucapan tentang Program Teaching School di makmal sekolah. Seterusnya, Ketua Jabatan JPK iaitu Dr Shamsul dan Timbalan Ketua Jabatan Puan Harlina juga memberi ucapan mereka untuk memulakan Program Teaching School. Puan Harlina menerangkan dengan jelas tentang matlamat program tersebut supaya dapat memberi gambaran tentang buku bacaan bergred dibina bertujuan untuk mengajar murid PPKI tentang perkataan KVKV, KVKVK, KVKVKV dan KVKKVK. Tambahan pula, bacaan buku bergred tersebut dapat mengukuhkan ingatan murid dan memastikan murid dapat menguasai kemahiran mengeja serta menulis.
Slot yang seterusnya iaitu melaksanakan sesi pengajaran dengan menggunakan buku bacaan bergred kepada murid PPKI. Sesi pengajaran tersebut adalah untuk mengaplikasikan buku bacaan bergred yang dibina dan guru dapat mengetahui sama ada buku bacaan bergred tersebut adalah berkesan atau tidak. Guru mengajar perkataan dengan cara minta murid membaca dan menulis perkataan tersebut berulang-ulang kali. Murid berjaya belajar dan ingat perkataan baharu yang diajar melalui buku bacaan bergred.
Program Teaching School dianggap berkesan kerana guru pelatih dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan. Bukan itu sahaja, murid PPKI dapat belajar perkataan baharu melalui buku bacaan bergred. Program Teaching School sangat berhasil dan kami berharap lebih banyak program yang berfaedah dapat diadakan untuk membantu murid PPKI.
- Details
- Hits: 3738
- Details
- Hits: 3941
Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron atas penerimaan watikah dan pemakaian pangkat Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam, serta tahniah juga kepada En. Musaidi Mustaffa atas pemakaian pangkat Leftenan Kolonel Pertahanan Awam, dan Encik Ikhwan atas penerimaan watikah Mejar Bersekutu Pertahanan Awam. Semoga kejayaan ini membawa lebih banyak kecemerlangan di bumi IPG Kampus Darulaman.
- Details
- Hits: 4027
- Details
- Hits: 3954
Bengkel Penyelarasan Aktiviti Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi telah diadakan pada 8 Ogos 2024 di Dewan Budaya, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Seramai 29 orang peserta telah mengambil bahagian. 4 orang fasilitator telah terlibat bagi melicinkan perjalanan aktiviti penghayatan hadith 40 Imam Nawawi iaitu Ustaz Mohd Zakir bin Majid, Ustaz Dr Mohd Zaini bin Mohd Zain, Ustaz Asyraf bin Abd Ghani dan Ustaz Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi. Para peserta telah didedahkan tentang pemantapan amalan terbaik bagi menghayati hadis 40 Imam Nawawi. Penyelaras bertugas ialah En. Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi.
Page 2 of 38