- Details
- Hits: 2170
Program Teaching School “Bengkel Membaca Jawi” anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama IPG Kampus Darulaman telah diadakan pada 28 Ogos 2024 di Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Pulau Timbul, Mukim Jeram, Tunjang, Jitra, Kedah. Seramai 30 orang peserta telah mengambil bahagian. Sasaran adalah murid yang lemah dalam bacaan jawi. Fasilitator terdiri daripada kalangan pensyarah IPDA dan pelajar PISMP Amb 2022-2027 telah terlibat bagi melicinkan perjalanan Bengkel Membaca Jawi iaitu Dr. Mohd Zaini bin Md Zain, Dr. Farah Farhana Binti Rosli, Dr. Fatahiyah Binti Elias, En. Mohammad Fakhrorazi bin Mustafa, En. Mohammad Khobiz bin Abdullah, Pn. Farihah Binti Mohd Noor@Jamil dan Pn. Fairus Binti Abu Bakar. Pelajar PISMP yang terlibat ialah Muhamad Fasrul Amin bin Zakaria, Syed Muhammad Rafiq bin Syed Rosli, Ainul Mardiah bin Ihsan, Hurin Ain binti Mohd Yazari, Nur Zahirah binti Mohd Mazli, Nurul Insyirah binti Mohd Zamri dan Siti Zulaikha binti Ahmad Afandi. Para peserta telah didedahkan tentang kaedah membaca jawi yang betul. Penyelaras bertugas ialah Dr. Mohd Zaini bin Md Zain dan En. Mohammad Fakhrorazi bin Mustafa.
- Details
- Hits: 2375
Pada 3 Julai 2024 yang lalu, Jabatan Pendidikan Khas IPGKDA telah melaksanakan Program Teaching School yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Seri Muda. Program ini disertai oleh 8 orang pelajar dan empat orang pensyarah pengiring. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu sekolah-sekolah rendah mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk penggunaan teknik dan strategi pengajaran yang lebih efektif dan inovatif.
Penyelaras PPKI iaitu Cikgu Firdaus menyambut kedatangan kami dan telah memberikan ucapan tentang Program Teaching School di makmal sekolah. Seterusnya, Ketua Jabatan JPK iaitu Dr Shamsul dan Timbalan Ketua Jabatan Puan Harlina juga memberi ucapan mereka untuk memulakan Program Teaching School. Puan Harlina menerangkan dengan jelas tentang matlamat program tersebut supaya dapat memberi gambaran tentang buku bacaan bergred dibina bertujuan untuk mengajar murid PPKI tentang perkataan KVKV, KVKVK, KVKVKV dan KVKKVK. Tambahan pula, bacaan buku bergred tersebut dapat mengukuhkan ingatan murid dan memastikan murid dapat menguasai kemahiran mengeja serta menulis.
Slot yang seterusnya iaitu melaksanakan sesi pengajaran dengan menggunakan buku bacaan bergred kepada murid PPKI. Sesi pengajaran tersebut adalah untuk mengaplikasikan buku bacaan bergred yang dibina dan guru dapat mengetahui sama ada buku bacaan bergred tersebut adalah berkesan atau tidak. Guru mengajar perkataan dengan cara minta murid membaca dan menulis perkataan tersebut berulang-ulang kali. Murid berjaya belajar dan ingat perkataan baharu yang diajar melalui buku bacaan bergred.
Program Teaching School dianggap berkesan kerana guru pelatih dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan. Bukan itu sahaja, murid PPKI dapat belajar perkataan baharu melalui buku bacaan bergred. Program Teaching School sangat berhasil dan kami berharap lebih banyak program yang berfaedah dapat diadakan untuk membantu murid PPKI.
- Details
- Hits: 3477
- Details
- Hits: 3210
- Details
- Hits: 3862
Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi Program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (MQA/FA 17895) telah berlangsung pada 19-20 Ogos 2024 hari Isnin dan Selasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Page 2 of 38