02 November 2023, Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP), IPG Kampus Darulaman telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Gamifikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Minecraft kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2022, yang mengambil kursus EDUP3133-Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang diadakan di Anjung Ilmu Pusat Sumber IPG KDA. Seramai 210 orang pelajar yang terlibat dalam bengkel ini. Pensyarah JTP selaku Jurulatih Kebangsaan Puan Sharifah Wahidda Haneem binti Syed Jamalil mengetuai bengkel ini dan semua pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan IPG KDA.
Bengkel Pengenalan Gamifikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Minecraft
- Details
- Written by Administrator
- Category: Admin
- Hits: 22752