Isnin, 3 April 2023 merupakan hari terakhir bagi Pn. Lim Li Bin sebagai seorang penjawat awam yang merupakan pensyarah major Sejarah di JSS. Sambutan Majlis Persaaan beliau telah diadakan pada 27 Mac 2023 di Pusat Sumber, IPG Kampus Darulaman. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah, Dr. Mohamad Fadzil bin Che Amat, turut diraikan En. Zulkifli, pensyarah JPK, wakil Majlis Pensyarah (KEKELIP) dan turut hadir bersama semua pesyarah di IPGKDA dan mentee Pn. Lim. Selamat Bersara Pn. Lim Li Bin.