Pada 22 hingga 24 Januari lalu, Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) telah mengadakan Bengkel Professionalisme Pensyarah di PPD Langkawi. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa para pensyarah JTP dengan kemahiran profesionalisme yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini menjadi platform untuk membangunkan bahan bantu mengajar digital bagi kursus EDUP2112 dan EDUP2113D yang dijalankan oleh JTP.
Para pensyarah diberi panduan dan latihan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran mereka dalam konteks teknologi maklumat. Ini termasuk teknik penyampaian bahan bantu mengajar digital yang efektif dan berkesan kepada pelajar. Di samping itu juga, Bengkel ini memberi penekanan kepada pembangunan bahan bantu mengajar digital yang relevan dengan kursus 2112 dan 2113D. Pensyarah diajar untuk menggunakan pelbagai teknologi dan perisian untuk menyampaikan konsep-konsep penting kepada pelajar dengan cara yang menarik dan mudah difahami.
Ini adalah langkah positif dalam memperkukuhkan kualiti pengajaran di dalam Jabatan Teknologi Pendidikan serta menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam bidang teknologi maklumat