IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah –16 Mac 2023. Program “ Exposing Future Teachers to 21st  Century Knowledge and Tools” telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh 45 orang guru pelatih IPGK Darulaman dan dibarisi oleh kolaborasi fasilitator dari UUM dan IPGK Darulaman, Dr. Siti Nazuar Binti Sailin, Dr. Rusmawati Binti Othman,  En. Muhammad Hibatul Hakimi Bin Yosri, En. Mohd Shahrizad Bin Ghozali dan Pn. Siti Husna Binti Yusuf. Bengkel ini memberi peluang kepada guru pelatih mendapat input serta meneroka sendiri secara hands on berkenaan:
Slot 1: Understanding 21st  Century Learning  Skills
Slot 2: Incorporating C,s Teaching & Learning
Slot 3: 21st Century Learning Tools

Pihak IPGK Darulaman khususnya Jabatan STEM selaku urusetia program ini mengalu-alukan kolaborasi seumpama ini supaya perkongsian pengalaman dan kemahiran dapat dibudayakan. Pihak IPGK Darulaman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sekolah Siswazah Awang Had Salleh, Universiti Utara Malaysia atas kerjasama intelektual ini.