Masjid An-Nur Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Jitra, pada 02 November 2023 telah mengadakan majlis Ceramah Perkongsian Ilmu tentang “Indahnya Sedekah” oleh Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran, Nasyid Qunut Nazilah, Ucapan alu-aluan daripada Dr Wan Fadzli bin Wan Haron Pengarah IPGKDA yang juga Pengerusi Masjid An-Nur IPGKDA serta ceramah “indahnya sedekah” yang disampaikan oleh Puan Mahawa binti Pilus pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh. Di akhir majlis tersebut, pihak Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh berbesar hati menyampaikan sumbangan yang amat bermakna kepada pihak masjid untuk projek membina bumbung baharu berjumlah Ringgit Malaysia Dua Puluh Enam Ribu. Mock Cheqeu telah disampaikan kepada Dr Wan Fadzli bin Wan Haron selaku Pengerusi Masjid An-Nur. Majlis tersebut dihadiri oleh Pensyarah, kakitangan sokongan dan semua pelajar Islam PISMP Ambilan Jun 2021.

02 November 2023, Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP), IPG Kampus Darulaman telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Gamifikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Minecraft kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2022, yang mengambil kursus EDUP3133-Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang diadakan di Anjung Ilmu Pusat Sumber IPG KDA. Seramai 210 orang pelajar yang terlibat dalam bengkel ini. Pensyarah JTP selaku Jurulatih Kebangsaan Puan Sharifah Wahidda Haneem binti Syed Jamalil mengetuai  bengkel ini dan semua pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan IPG KDA.