Warga kampus dengan rasa bangga dan sukacita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Tuan Haji Hafni dan Encik Mohd Shahidan. Penganugerahan ini adalah faktor penggalak ke arah kecemerlangan dan dedikasi dalam bidang pendidikan.
Kami di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman amat berbangga dengan pencapaian para pensyarah ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang di masa hadapan. Teruskan usaha dan komitmen dalam memperkasa pendidikan negara.
Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!