Bengkel ini diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2024 bertempat di Hotel Langkasuka, Kuah Langkawi. Merupakan satu program kolaborasi antara tiga jabatan iaitu Jabatan Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM) dan Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) bagi tahun 2024 . Dilaksanakan untuk pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (KDC) Ambilan Oktober 2023 dan pelajar Program Diploma Perguruan (PDP) (KDC) Ambilan Oktober 2022.
Bengkel ini bertujuan mendedahkan peserta tentang kandungan kurikulum dan pentaksiran yang akan disesuaikan dengan rancangan pengajaran dan pembelajaran mengikut format IPG untuk digunakan semasa praktikum. Bengkel turut memfokuskan terhadap penggunaan DSKP dalam perancangan PdP dan pentaksiran bilik darjah serta amalan baik PdP seperti inovasi dan lain-lain.
Adalah menjadi menjadi keperluan untuk para pelajar tersebut memahami cara merungkai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digunapakai di sekolah untuk diterjemahkan dalam amali praktikum selaras dengan tuntutan kurikulum dan keperluan pedadogi semasa.