SESI LIBAT URUS (SLU) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH BERSAMA-SAMA IPGKDA
? Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKDA
? 06 Mac 2025 | Khamis | 10.00 Pagi

Sektor Pembelajaran JPN Kedah telah bertandang ke IPGKDA bagi menjayakan Sesi Libat Urus (SLU) susulan kunjungan IPGKDA kepada Pengarah JPN Kedah sebelum ini. Pasukan JPN Kedah diketuai oleh KPPK Unit TVET, En. Jamaludin Mohd Noh bersama-sama KPPK Unit Sains Matematik, Pn. Sarina Khalid. Turut sama hadir ialah KPP Unit TVET, Pn. Wan Nurulhuda Abdul Hamid dan KPP Unit Sains Matematik, Pn. Roselina Ramli. Perbincangan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menggembleng kekuatan dan kepakaran bagi menangani isu-isu yang melingkari warga pendidikan di negeri Kedah. Fokus akan diberikan kepada pembudayaan amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan peluasan program Sekolah Pengajar IPG di sekolah-sekolah terpilih seluruh Kedah seperti yang telah dipersetujui oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri sebelum ini. Jabatan Kecemerlangan Akademik, Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Ilmu Pendidikan dan Unit Khidmat Pengurusan turut dilibatkan dalam sesi perbincangan tersebut. IPGKDA menyambut baik inisiatif dan usaha murni JPN Kedah melalui Sektor Pembelajaran bagi memperkukuhkan kerjasama strategik ke arah kebersamaan dan keharmonian bagi memacu pendidikan di negeri Kedah.

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|