Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman bagi Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) ISO 21001:2018 bagi Bilangan 1 Tahun 2025 bermula 10 hingga 13 Februari 2025.
Majlis Pembukaan Audit Dalaman
Tarikh: 10 Februari 2025 (Isnin)
Lokasi: Bilik Permata, Pusat Sumber, IPG Kampus Darulaman
Majlis ini dirasmikan dengan kehadiran pengurusan atasan, ketua-ketua jabatan, serta pemegang dan penggerak prosedur bagi memastikan standard dan keperluan EOMS dipatuhi.
Majlis Penutupan Audit Dalaman
Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)
Lokasi: Wacana Ilmu, Pusat Sumber, IPG Kampus Darulaman
Majlis penutupan menandakan berakhirnya sesi audit dalaman dengan refleksi dan cadangan penambahbaikan terhadap pengurusan organisasi pendidikan IPGKDA.
Pelaksanaan audit ini bertujuan untuk memastikan sistem pengurusan organisasi pendidikan di IPGKDA sentiasa mematuhi piawaian ISO 21001:2018 (EOMS) demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keberkesanan pengurusan akademik.