Pada 22 hingga 24 Januari lalu, Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) telah mengadakan Bengkel Professionalisme Pensyarah di PPD Langkawi. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa para pensyarah JTP dengan kemahiran profesionalisme yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini menjadi platform untuk membangunkan bahan bantu mengajar digital bagi kursus EDUP2112 dan EDUP2113D yang dijalankan oleh JTP.

Para pensyarah diberi panduan dan latihan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran mereka dalam konteks teknologi maklumat. Ini termasuk teknik penyampaian bahan bantu mengajar digital yang efektif dan berkesan kepada pelajar. Di samping itu juga, Bengkel ini memberi penekanan kepada pembangunan bahan bantu mengajar digital yang relevan dengan kursus 2112 dan 2113D. Pensyarah diajar untuk menggunakan pelbagai teknologi dan perisian untuk menyampaikan konsep-konsep penting kepada pelajar dengan cara yang menarik dan mudah difahami.

Ini adalah langkah positif dalam memperkukuhkan kualiti pengajaran di dalam Jabatan Teknologi Pendidikan serta menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam bidang teknologi maklumat

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak  -  Seramai 39 pelajar Pendidikan Khas PISMP Ambilan Jun 2022 bersama dengan 7 pensyarah dari Jabatan Pendidikan Khas (JPK) IPGK Darulaman, Kedah telah menyertai bengkel Pengurusan Rehabilitasi pada 26 dan 27 September 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Tujuan utama bengkel ini ialah untuk memberi kemahiran dan mengenal pasti kemudahan fasiliti yang bersesuaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) serta melatih peserta bengkel dalam pengurusan rehabilitasi MBPK. Semua pelajar telah berjaya mengikuti Bengkel Terapi Cara Kerja yang dikendalikan oleh Dr Nurbieta binti Abdul Aziz dan Bengkel Terapi Pertuturan yang dikendalikan oleh Dr Siti Rokiah binti Abdul Razak. Selain bengkel, para peserta juga berpeluang melawat ke makmal-makmal Pendidikan Khas milik Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI.