Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak  -  Seramai 39 pelajar Pendidikan Khas PISMP Ambilan Jun 2022 bersama dengan 7 pensyarah dari Jabatan Pendidikan Khas (JPK) IPGK Darulaman, Kedah telah menyertai bengkel Pengurusan Rehabilitasi pada 26 dan 27 September 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Tujuan utama bengkel ini ialah untuk memberi kemahiran dan mengenal pasti kemudahan fasiliti yang bersesuaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) serta melatih peserta bengkel dalam pengurusan rehabilitasi MBPK. Semua pelajar telah berjaya mengikuti Bengkel Terapi Cara Kerja yang dikendalikan oleh Dr Nurbieta binti Abdul Aziz dan Bengkel Terapi Pertuturan yang dikendalikan oleh Dr Siti Rokiah binti Abdul Razak. Selain bengkel, para peserta juga berpeluang melawat ke makmal-makmal Pendidikan Khas milik Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI.

Dilce'2023- Jabatan Pendidikan Khas, IPGK Darulaman Kedah menunjukkan kecemerlangannya dalam meraih tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi di Darulaman International Innovation, Competition and Exhibition 2023 (Dilce' 2023) yang berlangsung pada 10-11 Julai 2023. Selain pingat emas, 2 pingat perak dan 3 pingat special award turut berjaya dimenangi. Tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah pembimbing JPK yang berjaya memungut pingat dalam Dilce'23. Semoga JPK terus cemerlang dan kekal cemerlang pada masa akan datang.

 

BENGKEL PEMANTAPAN APLIKASI MIRCOSOFT

 

 Jabatan Teknologi Pendidikan telah  menganjurkan Bengkel Pemantapan Aplikasi Mircosoft kepada pensyarah IPGKDA pada 12 & 13 Jun 2023 di Pusat Sumber IPGKDA. Seramai 35 orang pensyarah menyertai dalam bengkel tersebut.