IPGKDA - 22 Februari 2021, telah menerima satu pasukan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)-UniMAP. Lawatan ini bertujuan untuk perbincangan dan melihat tapak di Pusat Sumber IPGKDA bagi menempatkan Lightboad Studio. DyCos@FTKM merupakan sekumpulan penyelidik di Universiti Malaysia Perlis telah membangunkan DIY Lightboard Studio bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh pandermik COVID19. Pihak DyCos@FTKM telah ditawarkan geran 'University Social Responsibility (USR)' bagi membangunkan Lightboard Studio ini di dalam komuniti. Salah sebuah institusi pendidikan yang terpilih adalah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. Beberapa siri perbincangan dan lawatan telah berlangsung dan kedua-dua pihak secara dasarnya telah bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan studio ini.
 
 

 

SURAT KENAIKAN PANGKAT
Tahniah atas kenaikan pangkat ke DG52(KUP) TBBK.
1. Dr. Hj. Asri bin Md Saman@ Osman
2. Dr. Hjh. Amani binti Dahaman@Dahlan
3. Dr. Amir bin Juhari

"Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan"

 

SURAT KENAIKAN PANGKAT
Tahniah atas kenaikan pangkat ke DG48(KUP) TBBK.
1. En. Azhari bin Mat Salleh

"Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan"



SURAT PENEMPATAN
En Mohd Shahrizad bin Ghozali (Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian) ditempatkan sebagai Jurulatih Kokurikulum di IPGKDA mulai 15 Februari 2021.

"Selamat Bertugas dengan Cemerlang"